Page 5 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 5
Cara mudah urus kesihatan dengan ‘Konsep 3J’
Jaga pemakanan, jangan berlebihan
-Islam melarang umatnya makan secara berlebihan berdasarkan sabda Nabi
SAW:“Jangan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.” (Hadis
Riwayat Bukhari) Disiplin pengambilan makanan ini mampu mengawal tubuh
daripada diserang penyakit. Pastikan tiga ruang untuk tiga benda dalam tubuh
diisi dengan seimbang iaitu sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan
sepertiga lagi untuk makanan.
Jaga emosi, sentiasa optimis
-Rasulullah SAW turut menasihati, ‘marah’ tidak boleh diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada
jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Perasaan marah boleh menyebabkan
kesihatan terjejas. Tidak putus asa, bersabar, tidak iri hati dan menjadi seorang
yang pemaaf merupakan penawar paling baik kepada masalah dalaman
manusia. Manusia yang sentiasa positif mampu mengekal tahap kesihatan yang
baik dan sempurna
Jaga kesejahteraan diri di pejabat
-Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan
Sri Lee Lam Thye yang juga penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) ada
menyuarakan tentang kepentingan menangani isu stres di tempat kerja. Atasi
masalah dengan cara mencari rakan sekerja yang boleh berkongsi pandangan
dan cerita. Anda juga boleh bertemu dan bersemuka dengan ketua, luahkan apa
yang membelenggu diri secara profesional. Paling penting, elak perkara negatif
dan ‘buang’ masalah peribadi di tempat kerja. Jika anda mengalami tanda-tanda
kemurungan atau stres terlampau di pejabat, pastikan berjumpa dengan
kaunselor!