Page 8 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 8

"Faktor  utama  yang  menyumbang  kepada  gaya  hidup  kurang  sihat  ini

               termasuk  tabiat  pengambilan  makanan  yang  tidak  sihat,  merokok  serta
               kurangnya kegiatan fizikal.

               "Dalam  menangani  masalah  kesihatan  ini,  ia  perlu  juga  diiringi  usaha

               berterusan dalam menerapkan gaya hidup yang lebih sihat," ujarnya.



               Justeru, Encik Amrin menambah, sejak beberapa tahun lalu, pemerintah telah
               memperkenal  program  serta  daya  usaha  bagi  meningkatkan  kesedaran

               terhadap pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat yang berterusan. Mengulas
               mengenai peralihan minda itu, Encik Amrin berpendapat ia dapat dijalankan
               menerusi  kerjasama  pelbagai  pihak  termasuk  Kementerian  Kesihatan  (MOH)

               dan badan kemasyarakatan.



               "Kalau  anda  lihat,  perkara  utama  yang  mahu  kita  lakukan  dengan

               memperkenalkan  program  serta  daya  usaha  yang  pelbagai  adalah  dengan
               memperkasakan diri serta mengambil berat terhadap kesejahteraan individu
               dan keluarga mereka.

               "Jadi, apa yang telah dilakukan pemerintah dalam menangani isu kesihatan

               semuanya berkait," katanya.




               Menyentuh tentang tabiat pemakanan dalam kalangan rakyat Singapura, Encik
               Amrin berkata sekitar 60 peratus penduduk keluar makan sebanyak empat kali
               seminggu dan setiap seorang menikmati makanan yang mengandungi sekitar
               700 hingga 800 kalori.  Ini, menurutnya,  disebabkan "semakin ramai anggota

               masyarakat  kita  yang  berpendapatan  lebih  tinggi"  dan  "mampu  membawa
               keluarga makan di luar".




               "Jadi,  ini  mungkin  antara  perkara  yang  menyebabkan  kita  kurang  dapat
               mengawal diet harian kita. Oleh sebab kita tidak menyediakan hidangan ini
               sendiri, kita dapat pilih bahan yang digunakan.


               "Kalau dahulu kita makan nasi padang atau nasi beriani hanya pada hari-hari
               istimewa, sekarang ia menjadi kebiasaan. Oleh itu, ini satu perubahan yang
               sangat ketara," tegasnya.
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13