Page 4 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 4

Pengeluaran kesihatan yang ditawarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

               (KWSP) merupakan salah satu alternatif untuk membantu anda membiayai kos
               rawatan  kesihatan.  KWSP  membenarkan  ahli  yang  menghadapi  masalah
               kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos

               perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan
               untuk  diri  sendiri,  ibu  bapa  (kandung,  angkat,  tiri,  mentua),  pasangan,  anak
               (kandung, angkat, tiri) dan adik-beradik kandung. Bagaimanapun, jika seseorang

               itu hanya bergantung kepada pengeluaran wang KWSP untuk urusan kesihatan,
               simpanan  akan  berkurangan  sekali  gus  menjejaskan  keperluan  masa  depan
               selepas persaraan.

               Justeru, bagi memastikan kos perubatan mampu dibiayai, pelan simpanan khas

               untuk  kesihatan  untuk  diri  sendiri  dan  ahli  keluarga  masih  belum  terlambat
               untuk dimulakan. Menabunglah melalui perlindungan insurans merupakan satu
               keperluan utama masa kini. Pelbagai pelan yang ditawarkan oleh agensi-agensi

               insurans  membabitkan  nyawa  iaitu  pelan  kewangan  yang  melindungi  ahli
               daripada risiko seperti kesakitan, ketidakupayaan, memasuki wad, pembedahan
               dan juga kematian.

               Dapatkan perlindungan insurans melalui syarikat yang sah dan fahami dahulu

               setiap  pelan  yang  dibeli.  Terdapat  pelbagai  pelan  perlindungan  kesihatan
               ditawarkan  dan  kesemuanya  mempunyai  satu  ciri  asas  iaitu  untuk  memberi

               bantuan kewangan ketika dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau
               rawatan lanjutan. Apabila telah memutuskan jenis perlindungan perubatan yang
               dimahukan,  maka  akan  bermulalah  kos  pelan  membabitkan  premium  atau
               bayaran bulanan. Pastikan anda konsisten dalam urusan pembayaran supaya

               pelan anda tidak ditamatkan.

               Kesimpulannya,  kita  berhadapan  dengan  pelbagai  pilihan  di  dalam  urusan
               harian.  Membuat  pilihan  dan  keputusan  adalah  sebahagian  daripada  proses

               kematangan.  Sebenarnya,  tiada  istilah  terlambat  bagi  setiap  orang  untuk
               memulakan amalan gaya hidup sihat. Begitu juga dalam hal berkaitan kewangan,
               setiap  orang  harus  mempunyai  satu  pelan  yang  khusus.  Lebih  awal  anda

               membuat perancangan, lebih awal anda maju menuju ke arah matlamat hidup
               dengan lebih berkesan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9