Page 2 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 2

Artikel daripada Sinaran Harian




                       • Jaga pemakanan, jangan berlebihan


                       • Jaga emosi, sentiasa optimis

                       • Jaga kesejahteraan diri di pejabat atau

                           tempat kerja






               Kesihatan aset  penting dalam kehidupan manusia  dan menjadi  aspek utama

               dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari,
               corak pengambilan makanan harian menunjukkan secara jelas tahap kesihatan
               seseorang pada masa depan. “You are what you eat”, adalah pepatah Inggeris

               yang  menggambarkan  tentang  bagaimana  makanan  boleh  mempengaruhi
               kehidupan  seharian.  Meskipun  ramai  yang  mengamalkan  gaya  hidup  sihat
               namun ramai juga yang tidak berdisiplin dalam isu membabitkan pengambilan

               makanan dan penjagaan kesihatan.

               Kementerian Kesihatan Malaysia yang membuat kajian tentang kesedaran orang
               ramai berkaitan kesihatan mendapati hanya 6.6 peratus rakyat Malaysia yang
               celik kesihatan berbanding dengan 12 peratus rakyat Amerika Syarikat. Kajian

               itu  mengambil  kira  pengetahuan  tentang  gaya  pemakanan  sihat  termasuk
               pengambilan kalori, jumlah hidangan dan pengambilan lemak.

               Celik kesihatan bermaksud seseorang itu mampu menerima, memproses serta

               memahami  maklumat  asas  kesihatan,  sekali  gus  dapat  menjalani  serta
               mengekalkan cara hidup yang sihat. Kita tidak boleh bergantung kepada sistem
               dan kemudahan kesihatan semata-mata jika konsep gaya hidup yang betul tidak

               diamalkan. Kesihatan tidak hanya melibatkan soal makanan tetapi berkait rapat
               dengan proses gaya hidup seperti penjagaan diri dan emosi.
   1   2   3   4   5   6   7