Page 13 - Tugasan Projek Kumpulan 1
P. 13

Kekal aktif

               Aktiviti fizikal, terutama senaman aerobik membantu menguatkan otot jantung,
               mengurangkan  stres,  memperbaiki  metabolisme  dan  meningkatkan  paras

               kolesterol baik. Kementerian Kesihatan menyarankan senaman selama 30 minit
               sehari, sekurang-kurangnya lima hari seminggu.

               Jika  terasa  berat  untuk  melakukannya,  untuk  peringkat  permulaan,  lakukan
               aktiviti  harian  seperti  menggunakan  tangga  berbanding  lif,  berulang-alik  ke

               tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam atau berjalan pergi dan balik
               dari makan tengah hari atau kedai berhampiran berbanding menaiki kereta.

               Pada hujung minggu, cuba luangkan sedikit masa untuk aktiviti riadah seperti

               berjalan  pantas  di  taman  atau  membersihkan  halaman  rumah  atau  aktiviti
               bercucuk tanam di depan rumah.




               Kekalkan berat badan sihat

               BMI adalah ukuran yang menilai kesesuaian berat badan berbanding dengan
               ketinggian.  Berat  badan  yang  sihat  adalah  BMI  di  antara  18.5  dan  24.9.

               Mengekalkan berat badan yang sihat dapat membantu mengawal tahap gula
               darah dan tekanan darah. Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan
               jika BMI melebihi 25. Selain itu, ukur lilit pinggang 90 sentimeter (35 inci) ke atas
               bagi lelaki atau 80 sentimeter (32 inci) ke atas bagi wanita dikaitkan dengan

               peningkatan risiko kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.



               Ketahui status kolesterol anda


               Penyakit  jantung  sering  dikenali  sebagai  pembunuh  senyap  kerana  simptom
               penyakit  yang  tidak  mudah  dikenal  pasti  secara  fizikal.  Oleh  itu,  saringan
               kesihatan secara berkala adalah penting untuk mengesan paras kolesterol tinggi.

               Sahut  Cabaran  30  Hari  Nestle  Omega  Plus  yang  menawarkan  ujian  darah
               kolesterol  menyeluruh  termasuk  lipoprotein  berketumpatan  rendah  atau
               kolesterol tidak baik (LDL), lipoprotein berketumpatan tinggi atau kolesterol baik
               (HDL) serta trigliserida.
   8   9   10   11   12   13   14   15