Page 3 - MODUL BLESS PRA-KEHAMILAN
P. 3

PENGENALAN








             Ebook Modul Pemakanan, Gaya Hidup Sihat dan

             Penjagaan Kesihatan – Pra-Kehamilan adalah merupakan

             terbitan versi digital lanjutan kepada aplikasi mobile  Be
             Healthy, Let’s Stop Stunting (BLESS). Ia merupakan

             program            intervensi            pendidikan             pemakanan                bagi

                             pencegahan kebantutan kanak-kanak.



             Setiap isi kandungan sama ada berbentuk  infografik,

             huraian teks dan kuiz dalam ebook ini adalah
             bersumberkan rujukan sahih daripada kementerian

             kesihatan Malaysia (KKM) serta telah mendapat kesahan

             pakar daripada pensyarah universiti tempatan dan

                    pegawai sains pemakanan (PSP) klinik kesihatan.



             Ebook Modul Pemakanan, Gaya Hidup Sihat dan

             Penjagaan  Kesihatan  siri  Pra-Kehamilan  ini  sesuai
             dijadikan sumber rujukan tambahan kepada wanita

             reproduktif, khususnya wanita pra-kehamilan (termasuk

             remaja/ wanita yang merancang untuk hamil) bagi

             memberi pendedahan awal tentang panduan pemakanan
             yang betul, amalan gaya hidup dan tatacara penjagaan

             kesihatan sebagai langkah persediaan untuk menempuh

                                                fasa kehamilan.



                                  Selamat membaca dan beramal!
   1   2   3   4   5   6   7   8