Page 8 - MODUL BLESS PRA-KEHAMILAN
P. 8

Penjagaan Pra-Kehamilan





                                                     Objektif












          Menekankan kepentingan             Mengetahui masalah          Menggalakkan pengambilan asid folik,
            menjalani pemeriksaan           anemia yang memberi            zat besi dan kalsium dari sumber-
           kesihatan sebelum hamil.          kesan sampingan ke          sumber makanan untuk kesihatan ibu
                                              atas ibu dan janin.             dan bayi dalam kandungan.


                        Penjagaan Pra-Kehamilan (PPK)




                                              Masalah kesihatan yang dihidapi oleh wanita akan memberi
                                              kesan buruk kepada ibu dan janin jika masalah tersebut tidak
                                              dikawal dengan baik atau tidak mencapai sasaran yang
                                              optima.


                                              Penjagaan  pra-kehamilan  adalah  penjagaan  atau  intervensi
                                              yang  diberikan  kepada  bakal  ibu  yang  menghidapi  masalah
                                              kesihatan.





                 1 Bulan                      Perkhidmatan ini diberikan kepada wanita tersebut sekurang-
                 Sebelum                      kurangnya 1 bulan sebelum kehamilan berlaku.





                                               Melalui perkhidmatan PPK, bakal ibu akan disaring kesihatannya.
                                               Sekiranya didapati wanita tersebut bermasalah, mereka akan
                                               dirujuk ke doktor untuk rawatan susulan.





                                               Apabila penyakit-penyakit telah terkawal dengan optima dan
                                               mencapai sasaran, barulah wanita-wanita ini dibenarkan hamil.




                                               Suami hendaklah memahami keadaan ini dan haruslah memberi
                                               sokongan padu kepada isteri. Sokongan moral adalah diperlukan
                                               dalam memastikan sesuatu kehamilan itu berjaya dan berisiko
                                               rendah.



                                               Perkhidmatan ini boleh didapati di klinik kesihatan dan hospital
                                               kerajaan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada anggota
                       FAQ                     kesihatan yang terlibat.


                                                                                                                     4
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13