Page 2 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 2
PRAKATA
Tujuan penghasilan ebook ini adalah bertujuan untuk memberi
informasi lengkap tentang pemakanan, gaya hidup sihat
dan penjagaan kesihatan bagi kaum wanita reproduktif dalam
usaha mencegah permasalahan bantut kanak-kanak. Wanita
merupakan tonggak kemajuan bangsa. Ia sebagai usaha
untuk memperkasakan tahap pengetahuan kaum wanita
yang terdiri daripada wanita pra-kehamilan, wanita hamil
dan ibu-ibu tentang amalan pemakanan, gaya hidup sihat
dan penjagaan kesihatan.
Bersesuaian dengan tema hari wanita antarabangsaan 2023
iaitu “KASIH WANITA”. KASIH adalah singkatan kepada nilai
kekeluargaan yang merangkumi kasih sayang (K), akhlak atau
peribadi mulia (A), sihat fizikal dan mental (S), berilmu (I)
dan harmoni (H). Tema ini menitipkan elemen wanita SIHAT
dan wanita BERILMU, di mana wanita perlu memastikan
diri dan keluarganya sihat dengan mempertingkatkan ilmu
pengetahuan terutamanya ilmu pemakanan dan penjagaan
kesihatan.
Justeru, ebook ini didedikasikan khusus kepada wanita-wanita
serta ibu-ibu hebat sebagai panduan tambahan dalam usaha
mempertingkatkan kesejahteraan kehidupuan serta orang
di sekeling melalui amalan pemakanan dan gaya hidup sihat
serta penjagaan kesihatan.