Page 5 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 5
TOPIK 1: PEMAKANAN DAN KESIHATAN SEWAKTU POSTNATAL
Tempoh Postnatal/ Berpantang
Objektif
Memahami proses pemulihan Mengenal pasti tanda Mengetahui panduan
(berpantang) selepas mengandung kemurungan postnatal. perancangan
dan bersalin. keluarga (kontraseptif).
Tempoh postnatal
Tempoh postnatal atau lebih dikenali sebagai waktu berpantang
adalah tempoh bagi ibu lepas bersalin untuk merawat dan
memulihkan tubuh selepas bersalin. Lazimnya, ia dikira bermula dari
selepas kelahiran uri (fasa ketiga proses kelahiran) sehingga
tempoh masa 42 hari.
Namun begitu, jangka masa yang diperuntukan untuk wanita
berada dalam pantang adalah berbeza mengikut agama, budaya
dan adat resam masing-masing, misalnya wanita Melayu selama
40 hari (hingga 55 hari), dalam kalangan masyarakat Cina,
berpantang 30 hari (hingga 44), masyarakat India mengamalkan
selama 30 hari.
Penjagaan dan perawatan ibu postnatal diberikan di rumah
mengikut jadual dalam tempoh setelah discaj dari hospital
sehingga hari ke 20 dan seterusnya pemeriksaan dan perawatan
dilakukan di klinik pada hari ke 30 (sebulan).
Semasa postnatal, berlaku perubahan hormon yang mempengaruhi
adalah penting bagi memastikan ibu dan bayi berada dalam
keadaan yang sihat.
1 1