Page 10 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 10

Diet dan Senaman Selepas Bersalin



                                                      Objektif














                 Memahami pemilihan diet yang                      Mengetahui panduan penurunan berat
             seimbang dan sesuai selepas bersalin                        badan selepas berpantang.
                      dan semasa laktasi.



        Panduan diet selepas bersalin dan semasa laktasi





         Diet berpantang tertumpu kepada pemulihan keseimbangan tubuh; dan
         boleh dicapai dengan mengambil makanan yang seimbang dan sesuai
         bagi wanita berpantang serta amalan gaya hidup sihat.





         Ibu bersalin perlu meneruskan pengambilan makanan yang sihat dan
         berkhasiat sebagaimana yang diamalkan semasa hamil. Secara amnya,                                + 500
                                                                                                           kcal/
         ibu menyusu memerlukan penambahan 500 kalori berbanding dengan                                   sehari
         wanita yang tidak menyusukan anak, iaitu kira-kira 2500 kcal sehari.


        Panduan:







               Penambahan keperluan tenaga ibu                       Pertambahan keperluan protein ibu
                       menyusu (RNI, 2017):                                  menyusu (RNI, 2017):
                6 bulan pertama + 500 kcal/ hari                        6 bulan pertama: +19 g/ sehari
                                                                         6 bulan kedua: +13 g/ sehari






         Beri tumpuan kepada pengambilan sumber karbohidrat iaitu bijirin seperti
         beras, gandum, jagung, dan barli. Utamakan bijirin penuh. Produk bijirin
         seperti roti, pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.






         Mengutamakan  makanan  yang  kaya  dengan  protein.  Sumber  protein
         haiwan seperti telur, daging dan ikan. Manakala, sumber protein tumbuhan
         seperti kacang dal dan kacang soya. Susu dan produk tenusu seperti susu
         rendah lemak, yogurt dan keju juga boleh diambil.


                                                                                                                     6
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15