Page 12 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 12

Mitos  atau  fakta?










                                              Larangan makanan ubi-ubian














                             Mitos                                                   Fakta


      Ibu berpantang kerap dilarang untuk mengambil             Sekiranya ibu tidak boleh makan ubi-ubian, ia
      makanan  ubi-ubian  seperti  keledek,  keladi  dan        boleh digantikan dengan bijirin lain yang
      ubi  kayu.  Makanan  tersebut  dikaitkan  dengan          membekalkan  karbohidrat  sebagai  sumber
                                                                tenaga. Bijirin penuh lain yang boleh dipilih
      masalah  pencernaan  dan  boleh  menyebabkan              seperti beras perang, oat, gandum, jagung dan
      masalah kembung perut.                                    barli. Makanan ini kaya dengan vitamin B1 dan
                                                                B2, zink, selenium, serta serat diet. Ia juga dapat
                                                                memberi kebaikan kepada kesihatan usus, sakit
                                                                jantung dan masalah berat badan.




                                               Larangan makanan sejuk















                             Mitos                                                   Fakta


      Sesetengah  sayuran  dan  buah  dikatakan  sejuk         Setiap ibu bersalin akan dipantau tahap kesihatan
      dan dilarang untuk diambil bagi wanita berpantang.       dari  segi  suhu  tubuh  dan  pendarahan  selepas
      Makanan sejuk ini dikaitkan dengan bentan (sakit         bersalin.  Rawatan  segera  akan  diberikan  untuk
      badan, kejang otot, sakit urat dan pinggang dan          mengatasi tekanan darah rendah dan pendarahan
                                                               yang teruk. Kini, makanan sejuk tidak lagi releven
      sakit  di  kawasan  peranakan)  serta  pendarahan        untuk  diamalkan.  Makanan  seperti  sayuran  dan
      teruk selepas bersalin.                                  buah  mempunyai  tinggi  serat  dan  amat  penting
                                                               bagi mencegah sembelit yang sering kali dialami
                                                               oleh ibu selepas bersalin.















                                                                                                                     8
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17