Page 11 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 11

Beri perhatian kepada zat besi dan kalsium.


           Bekalan zat besi ibu selepas bersalin boleh diambil melalui
           pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging,
           kekacang,  sayur-sayuran  berdaun  hijau,  bijirin  penuh  dan
           buah-buahan kering seperti kismis.




           Sumber utama kalsium pula adalah susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt. Ia penting
           bagi  menjamin  kelangsungan  penghasilan  susu  dan  memelihara  jisim  tulang  ibu.  Terdapat
           pilihan sumber kalsium lain sekiranya ibu tidak menggemari atau alah kepada susu. Antaranya:




               Ikan seperti sardin, ikan
                 bilis, dan tuna yang                              Bijirin penuh
               dimakan bersama tulang                               dan tepung
                                                                   bijirin penuh








                Tauhu dan                                          Sayur-sayuran
                susu soya                                           berdaun hijau










                  Kekacang dan buah-buahan kering seperti kacang
                   walnut, badam, kismis, kurma dan buah ara yang
                                        dikeringkan










          Lebihkan pengambilan buah dan sayur. Semua jenis buah dan sayuran
          segar  boleh  diambil  sewaktu  dalam  pantang,  sama  ada  dimakan
          mentah atau dimasak.








          Mengamalkan  diet  yang  seimbang  melalui  pengambilan  pelbagai
          jenis  makanan  daripada  setiap  kumpulan  makanan.  Pengambilan
          pelbagai jenis makanan dapat memastikan ibu mendapat kesemua
          nutrien yang diperlukan. Kepelbagaian makanan juga dapat memastikan
          nutrien yang terdapat di dalam makanan diserap dengan baik.


                                                                                                                     7
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16