Page 3 - MODUL BLESS IBU DAN ANAK
P. 3

PENGENALAN








              Ebook Modul Pemakanan, Gaya Hidup Sihat dan Penjagaan
              Kesihatan – Ibu dan Anak adalah merupakan terbitan versi digi-

              tal lanjutan kepada aplikasi mobile Be Healthy, Let’s Stop Stunt-

              ing (BLESS). Ia merupakan program intervensi pendidikan

                   pemakanan bagi pencegahan kebantutan kanak-kanak.



              Setiap isi kandungan sama ada berbentuk infografik, huraian

              teks dan kuiz dalam ebook ini adalah bersumberkan rujukan

              sahih  daripada  kementerian kesihatan  Malaysia (KKM) serta
              telah mendapat kesahan pakar daripada pensyarah universiti

              tempatan dan pegawai sains pemakanan (PSP) klinik kesihatan.



              Ia sesuai dijadikan sumber rujukan tambahan kepada wanita

              reproduktif, khususnya ibu yang baru bersalin tentang panduan

              pemakanan, gaya hidup sihat dan tatacara penjagaan kesiha-
              tan semasa berpantang. Selain itu, topik penting tentang

              perkembangan dan tumbesaran serta panduan pemakanan sei-

              ring dengan usia anak turut diberi penekanan bagi memastikan
                          kesihatan anak adalah di tahap yang optimum.




                                    Selamat membaca dan beramal!
   1   2   3   4   5   6   7   8