Page 18 - MODUL BLESS PENGENALAN
P. 18
BIODATA PENULIS
Penulis Utama
Dr. Wan Azdie bin Mohd Abu Bakar memperolehi Ijazah Sarjana
Muda dan Sarjana dalam bidang Pemakanan daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah tamat pengajian di peringkat
Sarjana, beliau menyertai Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) sebagai pensyarah. Beliau menamatkan Ph.D di Universiti
Wollongong, Australia dan kembali berkhidmat di UIAM pada
2010. Kini beliau adalah Profesor Madya di Jabatan Sains
Pemakanan, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu. Beliau
pernah menerima Anugerah Pensyarah Terbaik sempena IIUM
Quality Day 2013 dan KAHS Murabbi Award sempena KAHS
Takrim Day 2021. Dr. Wan Azdie pernah dilantik sebagai Ketua
Jabatan Sains Pemakanan pada Julai 2011 hingga Mei 2014 dan
sebagai Dekan Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu pada Jun
2014 hingga Disember 2017. Dr. Wan Azdie juga merupakan
ahli Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) dan Persatuan
Kajian Obesiti Malaysia (MASO), dan telah mendapat lantikan
sebagai Ahli Majlis MASO untuk 2021-2023. Beliau juga terlibat
secara aktif sebagai ahli dalam beberapa kumpulan kerja
teknikal dan jawatankuasa berkaitan pemakanan di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bidang kepakaran
utama beliau adalah pemakanan, melibatkan isu kesihatan
awam termasuk sekuriti makanan, obesiti dan juga pendidikan
pemakanan.