Page 19 - MODUL BLESS PENGENALAN
P. 19

BIODATA PENULIS








                                                 Penulis Kedua

             Nurul Hazirah Jaafar merupakan pensyarah di Jabatan Sains
             Pemakanan, Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti

             Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau memperoleh ijazah

             sarjana muda (kepujian) dalam bidang Dietetik dari UIAM (2010),
             ijazah sarjana dalam bidang Sains Pemakanan dari Universiti Sains

             Malaysia (USM) (2014) dan ijazah kedoktoran dari  USM  (2019)

             dengan kepakaran dalam bidang pemakanan kanak-kanak
             berkeperluan khas, khususnya kanak-kanak dengan masalah

             saraf. Beliau terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti kem

             saringan, kolokium dan kumpulan sokongan keluarga

             kanak-kanak palsi serebrum di bawah Kluster Penyelidikan
             Palsi Serebrum (CPRC) USM di Kelantan, Johor dan Sarawak.

             Nurul Hazirah kini merupakan Ketua Jabatan, Jabatan Sains

             Pemakanan di Kulliyyah Sains Kesihatan Bersekutu UIAM dan
             juga ahli Kumpulan Kerja Teknikal Advokasi Pemakanan

             Kebangsaan (2020–2024). Selain mengajar dan menjalankan

             penyelidikan, beliau juga aktif menyertai aktiviti kemasyarakatan

             yang dianjurkan oleh pihak universiti serta badan-badan bukan
             kerajaan, terutamanya melibatkan kanak-kanak dengan kekuran-

             gan zat makanan, kanak-kanak yang memilih makanan serta

                                    kanak-kanak berkeperluan khas.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22