Page 3 - Buku Pendaftaran Pelajar ILKBS V6_Neat
P. 3
BUKU PENDAFTARAN
1
Maklumat Am ILKBS
PENERANGAN DAN SYARAT-SYARAT TAWARAN KURSUS DI
INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS)
(SILA BACA DENGAN TELITI)
1. PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah
diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 1964. Matlamat awalnya adalah
untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di
kalangan belia tercicir. Pada awal tahun 1990-an program latihan diperluaskan kepada usaha
pembangunan sumber manusia iaitu melatih belia dalam bidang kemahiran teknikal dan
vokasional untuk melahirkan tenaga mahir bagi keperluan sektor perindustrian negara.
Sehingga kini Kementerian Belia dan Sukan mempunyai 22 pusat pengajian kemahiran
teknikal dan vokasional yang dinamakan sebagai Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan
(ILKBS) merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). AKBG merupakan akedemi
kemahiran berasaskan latihan pengurusan golf dan mula dibangunkan pada tahun 2011
setelah melihat kepada prospek kerjaya yang luas dalam pembangunan sukan golf di
Malaysia. Pembinaan ILKBS membuktikan kesungguhan kerajaan menyediakan lebih banyak
peluang latihan kemahiran kepada belia dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional
selaras dengan keperluan tenaga mahir.
2. SYARAT-SYARAT TAWARAN
Tawaran yang diberikan ini terlaksana setelah anda dapat memenuhi syarat-syarat di bawah
ini. Sebarang pelanggaran syarat, ketidakjujuran atau menyembunyikan maklumat kemahiran
terdahulu semasa membuat permohonan kemasukan atau sebarang pemalsuan dokumen
akan menyebabkan tawaran ini TERBATAL dengan sendirinya.
2.1 Perakuan Sihat
Bersama-sama ini dilampirkan satu borang pemeriksaan kesihatan untuk dimajukan
kepada doktor (Hospital Kerajaan / Swasta yang diiktiraf) bagi tujuan pemeriksaan
terhadap kesihatan anda. Kenyataan kesihatan ini hendaklah disiapkan sebelum
melaporkan diri di ILKBS dan membawa bersama semasa mendaftar pada tarikh yang
ditetapkan. (Segala perbelanjaan bagi membuat pemeriksaan doktor adalah
tanggungjawab sendiri).
2.2 Pertukaran Jurusan ILKBS
Tawaran yang diberikan kepada anda adalah secara mutlak, dengan kata lain ianya
tidak boleh digantikan dengan lain-lain calon pilihan anda. Begitu juga berhubung
dengan penentuan jurusan dan ILKBS yang ditawarkan itu adalah dibawah bidang
kuasa Kementerian Belia dan Sukan. Oleh itu TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI
memohon / merayu untuk dipertimbangkan ke jurusan / ILKBS lain setelah menerima
tawaran tersebut.
3