Page 4 - Buku Pendaftaran Pelajar ILKBS V6_Neat
P. 4
BUKU PENDAFTARAN
2.3 Bayaran Gantirugi Kerosakan atau Kehilangan
Anda dikehendaki membayar gantirugi kerosakan atau kehilangan barang atau apa
jua hak milik institut mengikut nilai yang difikirkan patut oleh KERAJAAN sebelum
pelajar meninggalkan institut.
3. PERALATAN ATAU BARANG YANG DILARANG DIBAWA KE ILKBS
3.1 Sebarang jenis senjata/ peralatan/ bahan berbahaya
3.2 Radio yang mengunakan kuasa elektrik (radio yang menggunakan kuasa bateri
dibenarkan)
3.3 Sebarang peralatan elektrik kecuali seterika (penggosok baju)
3.4 Ubat-ubat yang berlebihan yang tidak bersesuaian
3.5 Sebarang jenis minuman beralkohol atau bahan memabukkan / rokok / sebarang jenis
dadah/ racun / alat berjudi
3.6 Bagi pelajar wanita, tidak digalakkan membawa barang kemas berlebihan
4. KEPERLUAN / PERALATAN SEHARIAN SEPANJANG KURSUS
4.1 Set cadar bersama sarung bantal / selimut (Rujuk kepada ILKBS terlibat)
4.2 Baju kebangsaan sepasang lengkap bersama sampin dan bersongkok hitam sahaja
(lelaki beragama Islam sahaja)
4.3 Berpakaian formal, kemas dan sopan semasa Hari Pendaftaran Pelajar ILKBS:-
i. Lelaki - Kemeja, berseluar slack gelap dan berkasut
ii. Wanita - Baju kurung/ blouse labuh dan seluar /skirt panjang serta berkasut
* (Perkara 4.2 dan 4.3 adalah pemakaian wajib bagi pelajar semasa Minggu
Paradigma, sesi orientasi dan aktiviti di dalam dan luar ILKBS)
4.4 Lain-lain keperluan pakaian pelajar
- Pakaian sukan / aktiviti luar (2 pasang)
- T-shirt berkolar (perempuan lengan panjang)
- Track bottom berwarna gelap
- Seluar slack bewarna hitam (straight cut) lelaki dan wanita
- Kasut sukan / getah
- Pakaian seharian secukupnya sepanjang kursus ini dijalankan.
- Peralatan mandi seperti tuala, sabun, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain.
- Pakaian dan keperluan untuk menunaikan solat dan ibadah. (Pelajar beragama
Islam dikehendaki membawa senaskah Al-Quran resam Othmani dan
digalakkan naskah yang mengandungi makna terbitan Jakim).
- Pelajar digalakkan membawa peralatan kebersihan seperti pelitup muka
dan hand sanitizer.
AMARAN!!! KEPADA PELAJAR:
• T-shirt tanpa kolar bercorak / bergambar yang membawa pengertian “LIAR /
GANAS” sama sekali tidak dibenarkan.
• Berseluar pendek bagi pelajar wanita sebagai pakaian harian dalam bilik sama
sekali tidak dibenarkan.
5. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
*Petikan elemen penting dari Buku Peraturan Tatatertib Pelajar ILKBS
• Masa :
Menepati Masa :-
Pelajar –pelajar dikehendaki menepati masa yang telah ditetapkan pada setiap aktiviti.
• Peraturan Asrama :
4