Page 5 - Buku Pendaftaran Pelajar ILKBS V6_Neat
P. 5
BUKU PENDAFTARAN
Dilarang membawa kenderaan :-
Pelajar yang tinggal di asrama tidak dibenarkan menunggang, membawa atau
memandu sebarang kenderaan bermotor di dalam kawasan Institut.
• Peraturan Penggunaan Masjid / Surau :
Solat Berjemaah :-
Pelajar beragama Islam yang menginap di asrama digalakkan solat berjemaah dan
diwajibkan berjemaah bagi waktu solat subuh di masjid atau surau. Semua pelajar
lelaki yang beragama Islam diwajibkan solat Jumaat.
Ceramah Agama:-
Semua pelajar diwajibkan hadir ceramah umum institut dan dilarang meninggalkan
masjid / surau semasa aktiviti agama dijalankan. Pelajar juga dilarang menjemput
penceramah luar tanpa kebenaran pihak institut.
• Peraturan Pakaian dan Sahsiah Diri :
Arahan Menutup Aurat:-
Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata,
bertampal atau yang ditulis dengan perkara yang tidak sesuai dengan keperibadian
pelajar ILKBS.
• Aktiviti-Aktiviti :
Wajib Ikut Aktiviti :-
Pelajar diwajibkan mengikut semua aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh pihak institut.
• Keselamatan :
Kehilangan Barang :-
Institut tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan barang peribadi
pelajar. Pelajar perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda
yang diamanahkan.
• Cuti :
Tiada Cuti Rehat :-
Tidak ada peruntukan dan kemudahan cuti rehat untuk semua pelajar semasa
menjalani latihan di ILKBS.
• Larangan Am :
Penyalahgunaan Dadah/ Racun :-
Segala aktiviti berkaitan menyalahgunakan dadah: Termasuk memiliki, menyimpan,
mengedar, membekal, membawa, memproses, menjual atau menyalahgunakan apa
juga jenis dadah/ racun yang diharamkan adalah ditafsirkan telah melakukan satu
kesalahan berat dan akan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
Mencuri :-
Mencuri dan menyimpan barang curi atau berniat mencuri harta benda kerajaan atau
perseorangan adalah ditafsirkan telah melakukan kesalahan berat dan jenayah serius.
Bahan Lucah dan Gangguan Umum :-
Memiliki, menyimpan, mengedar, menonton, mempamerkan bahan lucah dan
perbuatan beraksi, berbisik, merayu atau mengeluarkan kata-kata/ isyarat lucah
adalah ditafsirkan telah melakukan kesalahan berat.
Minuman Keras/Arak/Alkohol/ Bahan Memabukkan :-
Memiliki, meminum, menyimpan, mengedarkan sebarang minuman yang
memabukkan adalah ditafsirkan telah melakukan kesalahan berat.
5