Page 439 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 439
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
TARIKH CETAK : 21/03/2024
MASA : 02:30:05 PM
LAPORAN JURNAL/REFLEKSI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
NAMA : NABILAH BINTI MAT JIDIN
NO MATRIK : AB200054
SEMESTER : SEMESTER 2 2023/2024
TARIKH 17/03/2024 – 21/03/2024
TAJUK Aktiviti Minggu Satu Melapor Diri Sebagai Guru Pelatih
PERISTIWA Saya telah hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang pada 17hb Mac 2024 pukul 7:00
pagi untuk pertama kalinya bagi melapor diri sebagai guru pelatih. Setelah tiba di sekolah saya terus
menuju ke pejabat sekolah untuk mengadap Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Telok Kerang.
Pada hari pertama saya dibawa ke bilik guru oleh Cikgu Syahira dan berkenal-kenalan dengan guru-
guru lain dan dibawa ke tempat duduk. Selepas itu, Cikgu Syahira membawa saya ke bengkel katering
untuk berjumpa dengan cikgu katering yang berpengalaman iaitu Cikgu Hatta dan Cikgu Ruhil bagi
penerangan yang lebih lanjut tentang program Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Saya tiada
aktiviti pengajaran pada hari pertama ini.
Pada hari kedua, saya diberikan tanggungjawab untuk menjadi guru bertugas di tingkatan 4 Al Biruni
dan 5 Al Biruni subjek Kimia. Saya telah menjalankan amanah dengan baik. Saya juga telah
menemani relief cikgu praktikal iaitu Gan di kelas 2 Al Farabi Muslim subjek Pendidikan Islam.
Kami membuat aktiviti sesi suai kenal bersama pelajar. Pada waktu-waktu lain, saya hanya
melakukan kerja sendiri di bilik guru.
Pada hari ketiga pula, selepas perhimpunan pagi, saya pergi ke bengkel PVMA berjumpa dengan
Cikgu Ruhil berbincang tentang silibus tingkatan 4 dan berbincang dengan Cikgu Hatta berkaitan
silibus tingkatan 5. Selepas itu, saya kembali ke ruangan bilik guru untuk memahami silibus yang
diterangkan dengan membuat ulang kaji setiap topik. Selapas waktu rehat saya pergi ke bengkel
PVMA melihat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) tingkatan 4 Al Khawarizmi yang diajar oleh
Cikgu Hatta.
Pada hari keempat pula, setiap pagi guru dan murid berhimpun di Dewan Terbuka. Perhimpunan
diadakan pada hari tersebut adalah perhimpunan Kokurikulum (Unit Beruniform) dan terdapat
beberapa aktiviti yang dijalankan antaranya bacaan makthurat, penamaan calon ketua pengawas,
pelancaran ihya Ramadhan dan permainan teka silang kata Ramadhan. Setersunya, saya ke bengkel
PVMA berjumpa dengan pembimbing iaitu Cikgu Ruhil atas urusan fail putih keras untuk dihantar
kepada Cikgu Sabariah berkenaan dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Saya juga
menjalankan tugas saya sebagai guru ganti iaitu relief di tingkatan 4 Al Khawarizmi. Saya juga telah
meninjau ke perpuastakaan dan ruang rehat bilik guru untuk sesi perkenalan dengan guru di bilik
tersebut.
Pada hari kelima waktu pagi, akan adanya bacaan Yassin dan tazkirah di Surau sekolah bagi guru dan
pelajar Mulism manakala pelajar bukan muslim dan guru di dewan terbuka. Selepas selesai, saya