Page 442 - E-PORTFOLIO LAPORAN AKHIR LM (NABILAH BINTI MAT JIDIN -AB200054)
P. 442
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
TARIKH CETAK : 28/03/2024
MASA : 03:00:05 PM
LAPORAN JURNAL/REFLEKSI
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
NAMA : NABILAH BINTI MAT JIDIN
NO MATRIK : AB200054
SEMESTER : SEMESTER 2 2023/2024
TARIKH 24/03/2024 – 28/03/2024
TAJUK Aktiviti Minggu Kedua Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pertama Kali.
PERISTIWA Mengajar pelajar Tingakatan 4 pada hari Rabu dan Tingkatan 5 pada hari Selasa bagi kursus
Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Pelajar memberikan kerjasama yang baik semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung secara bersemuka di bengkel PVMA. Pelajar berada
dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan sebarang permasalahan.
REFLEKSI : 1. BISIKAN HATI
1.Bisikan Hati Saya dapat mempelajari sesuatu terutamanya tentang pengurusan masa dalam sesi pengajaran dan
2.Menganalisis/Menilai pembelajaran. Saya juga harus lebih mengetahui, mendalami pelbagai perkara mengenai teknologi
3.Kesedaran Baru pendidikan untuk lebih menghasilkan sesuatu yang berguna untuk pelajar.
4.Cadangan/Tindakan
2. MENGANALISIS / MENILAI
Mengenalpasti cara pendekatan yang sesuai untuk digunakan kepada pelajar dengan pemilihan yang
baik dalam penggunaan ABBM yang dapat mempengaruhi atau dapat menarik minat pelajar untuk
keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3. KESEDARAN BARU
Saya menyedari bahawa untuk mengajar, menjadi seorang guru atau pendidik bukanlah semudah
yang sering diperkatakan. Saya harus mempunyai ilmu pengetahuan yang meluas, perlu
menunjukkan sikap atau contoh teladan yang baik kepada semua dan juga memerlukan kemahiran
yang baik untuk menerapkan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar.
4. CADANGAN / TINDAKAN
Untuk masa akan datang, tindakan yang akan dilakukan adalah dengan menguruskan masa dengan
lebih baik, tersusun dan teratur. Saya perlu mencari lebih banyak bahan, maklumat dan rujukan lain
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran agar menjadi lebih menarik, jelas dan mudah untuk difahami
oleh pelajar. Saya harus mencari pelbagai ilmu pengetahuan, mendalami sesuatu yang baru untuk
berfikir dengan lebih baik, kreatif dan sebagainya. Saya juga akan berusaha untuk memberikan yang
terbaik kepada pelajar.