Page 689 - Bab_1. Ikhlas
P. 689

Orang itu berkata: "Tuan benar."



               Kita semua hairan padanya, kerana ia bertanya dan juga membenarkannya. Ia berkata lagi:
               "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."


               Rasulullah s.a.w. bersabda:



               "Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-
               rasulNya,  hari  penghabisan  -  kiamat  -  dan  hendaklah  engkau  beriman  pula  kepada  takdir,
               yang baik ataupun yang buruk - semuanya dari Allah jua."


               Orang itu berkata: "Tuan benar." Kemudian katanya lagi:



               "Kemudian beritahukanlah padaku tentang Ihsan."



               Rasulullah s.a.w. menjawab: "Iaitu hendaklah engkau menyembah kepada Allah seolah-olah
               engkau  dapat  melihatNya,  tetapi  jikalau  tidak  dapat  seolah-olah  melihatNya,  maka
               sesungguhnya Allah itu dapat melihatmu."


               Ia  berkata:  "Tuan  benar."  Katanya  lagi:  "Kemudian  beritahukanlah  padaku  tentang  hari
               kiamat."



               Rasulullah s.a.w. menjawab: "Orang yang ditanya - yakni beliau s.a.w. sendiri - tentulah tidak
               lebih tahu dari orang yang menanyakannya - yakni orang yang datang tiba-tiba tadi.


               Orang itu berkata pula: "Selanjutnya beritahukanlah padaku tentang alamat-alamatnya hari
               kiamat itu."



               Rasulullah s.a.w. menjawab:



               "Iaitu apabila seorang hamba sahaya wanita melahirkan tuan puterinya - maksudnya hamba
               sahaya  itu  dikahwin  oleh  pemiliknya  sendiri  yang  merdeka,  lalu  melahirkan  seorang  anak
               perempuan. Anaknya ini dianggap merdeka juga dan dengan begitu dapat dikatakan hamba
   684   685   686   687   688   689   690   691   692   693   694