Page 690 - Bab_1. Ikhlas
P. 690

sahaya perempuan melahirkan tuan puterinya - dan apabila engkau melihat orang-orang yang
               tidak  beralas  kaki,  telanjang-telanjang,  miskin-miskin  dan  sebagai  penggembala  kambing
               sama  bermegah-megahan  dalam  gedung-gedung  yang  besar  -  kerana  sudah  menjadi  kaya-
               raya dan bahkan menjabat sebagai pembesar-pembesar negara."


               Selanjutnya orang itu berangkat pergi. Saya - yakni Umar r.a. - berdiam diri beberapa saat
               lamanya,  kemudian  Rasulullah  s.a.w.  bersabda:  "Hai  Umar,  adakah  engkau  mengetahui
               siapakah  orang  yang  bertanya  tadi?"  Saya  menjawab:  "Allah  dan  RasulNyalah  yang  lebih
               mengetahuinya." Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya orang tadi adalah malaikat
               Jibril,  ia  datang  untuk  memberikan  pelajaran  tentang  agama  kepadamu  semua."  (Riwayat
               Muslim)


               Makna  Talidulamatu  rabbatahaa,  yakni  tuan  puterinya.  Adapun  pengertiannya  ialah  oleh
               sebab banyaknya hamba sahaya perempuan sehingga budak-budak tersebut melahirkan puteri
               untuk tuan yang memilikinya. Puteri tuannya itu sama kedudukannya dengan tuannya sendiri.
               Tetapi ada sebahagian ulama yang mengatakan tidak sedemikian itu maksudnya. Al-'Aalah,
               ialah  golongan  orang-orang  fakir.  Adapun  kata  Maliyyan  ertinya  waktu  yang  lama,  iaitu
               sampai tiga hari tiga malam lamanya.


               Keterangan:



               Sebabnya  Sayidina  Umar  kehairanan  kerana  orang  yang  bertanya  itu  semestinya  belum
               mengerti apa yang ditanyakan, tetapi anehnya setelah diberi jawapan, tiba-tiba penanya itu
               berkata: "Tuan benar," dan kata-kata sedemikian ini tentulah menunjukkan bahawa penanya
               itu telah mengerti. Barulah kehairanan Sayidina Umar itu lenyap setelah diberitahu bahawa
               yang bertanya tadi sebenarnya adalah Jibril a.s. yang kedatangannya memang sengaja hendak
               mengajarkan soal-soal keagamaan kepada para sahabat Rasulullah s.a.w.



               Dalam Hadis di atas, ada beberapa hal yang penting kita ketahui, iaitu:



               (a)    Mendirikan  shalat  ertinya  tidak  semata-mata  menjalankan  shalat  saja,  tetapi  harus
               dipenuhi  pula  syarat-syarat  serta  rukun-rukunnya  dan  ditepatkan  selalu  menurut  waktu-
               waktunya.


               (b)  Percaya kepada Allah yakni meyakinkan bahawa Allah itu ada (jadi jangan beranggapan
               bahawa Allah itu tidak ada seperti faham komunis), dan lagi Allah itu bersifat dengan semua
               sifat  kemuliaan,  keagungan  dan  kesempurnaan  serta  terjauh  dari  semua  sifat  kekurangan,
               kehinaan dan kerendahan.
   685   686   687   688   689   690   691   692   693   694   695