Page 35 - BUKU PROGRAM SEMINAR SPESIFIKASI PIAWAI JKR KERJA GEOTEKNIK
P. 35

PENDAFTARAN PRODUK DENGAN RMAL
           (ROAD MATERIAL APPROVED LIST) BAGAIMANAKAH CARANYA?
       ABSTRAK


       Seiring dengan kemajuan teknologi pembinaan jalan di Malaysia,
       Jabatan  Kerja  Raya  (JKR)  telah  memperkenalkan  Road  Material
       Approved  List  (RMAL)  untuk  memastikan  keberkesanan  dan
       relevansi  agensi  tersebut  dalam  industri.  Kolaborasi  antara  JKR
       dan  Lembaga  Lebuhraya  Malaysia  (LLM)  pada  tahun  2016
       bertujuan  untuk  menyusun  senarai  bahan  binaan  jalan  yang
       diluluskan  oleh  jawatankuasa  khusus.  Jawatankuasa  ini  menilai
       produk berdasarkan spesifikasi JKR dan antarabangsa.


       Bermula  sejak  sembilan  (9)  tahun  yang  lalu,  hanya  dengan  dua
       belas (12) jenis produk dari lapan (8) syarikat pengeluar/ pembekal
       yang  telah  berdaftar  dengan  RMAL,  semakin  bertambah  dari
       tahun  ke  tahun,  membuktikan  bahawa  RMAL  telah  semakin
       mendapat  perhatian  yang  baik  daripada  pemain  industri.
       Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) di Cawangan
       Jalan  bertanggungjawab  sebagai  pusat  permohonan  ke  RMAL
       sebelum diperiksa oleh Jawatankuasa Kecil Penilai Teknikal (JKPT).


       Terdapat sembilan JKPT yang menilai permohonan produk dalam
       bidang  yang  berbeza,  yang  kemudiannya  mengemukakan
       cadangan ke Mesyuarat Jawatankuasa Bersama JKR-LLM Kelulusan
       Produk  Bagi  Kerja-Kerja  Jalan  (JBKPJ).  JBKPJ  berperanan  sebagai
       platform  untuk  membuat  keputusan  terhadap  permohonan
       produk.


       Penerimaan  permohonan  kelulusan  produk  yang  semakin
       meningkat  menunjukkan  RMAL  semakin  penting  dalam  industri
       pembinaan jalan. Ia memudahkan proses pemilihan produk yang
       memenuhi  piawaian  JKR,  serta  menjadi  rujukan  untuk  inovasi
       produk.
       34 KERTAS TEKNIKAL
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40