Page 7 - BUKU PROGRAM SEMINAR SPESIFIKASI PIAWAI JKR KERJA GEOTEKNIK
P. 7
KES - KES GEOTEKNIK
ABSTRAK
Kejuruteraan geoteknik merupakan salah satu cabang disiplin
Kejuruteraan Awam kompleks yang berkait rapat dengan ciri-ciri
dan sifat-sifat tanah serta batuan. Penyediaan rekabentuk
perlulah mengambil kira keadaan tanah sedia ada dan bukanlah
berdasarkan andaian sahaja kerana ianya melibatkan risiko
berhubung dengan keselamatan rekabentuk asas struktur serta
jalan.
Perkara asas yang sangat penting dalam pelaksanaan
rekabentuk geoteknik adalah penyiasatan tanah yang berkualiti
serta mencukupi bagi memastikan rekabentuk geoteknik yang
selamat dan optimum dapat dibuat. Ketidaktepatan dan
ketidakcukupan data menjurus kepada pertimbangan yang silap
atau kurang tepat seterusnya membawa kepada pertikaian dan
kes perundangan. Kegagalan dalam menjalankan
tanggungjawab profesional dengan berhati-hati secara
munasabah dan menggunakan kemahiran dengan tidak rasional
akan mengakibatkan kerugian kepada banyak pihak, projek
lambat disiapkan, peningkatan kos serta kehilangan nyawa.
Empat (4) kes perundangan berkaitan dengan Kejuruteraan
Geoteknik akan dibentang di dalam seminar ini.
06 KERTAS UCAPTAMA 1