Page 9 - BUKU PROGRAM SEMINAR SPESIFIKASI PIAWAI JKR KERJA GEOTEKNIK
P. 9
SPESIFIKASI GEOTEKNIK - HALA TUJU
ABSTRAK
Spesifikasi piawai JKR telah melalui fasa pembangunan, perubahan dan
pengemaskinian bermula dari era kolonial sehingga kini serta menjadi
rujukan utama dalam pembinaan di Malaysia terutama untuk projek
kerajaan. Bagi memastikan spesifikasi piawai JKR kekal relevan dan
adaptif terhadap keperluan semasa dan perubahan teknologi serta
bersifat lestari, proses semakan semula dan pengemaskinian
dilaksanakan dari semasa ke semasa. Pembangunan dan
pengemaskinian spesifikasi piawai JKR memerlukan penglibatan pakar
dalam bidang tertentu di dalam JKR, pakar bidang dari sektor awam lain,
institut pengajian tinggi dan swasta . Setiap pembangunan seksyen baru
atau pengemaskinian seksyen sedia ada melibatkan pelbagai proses
sebelum diluluskan oleh pihak pengurusan tertinggi JKR seterusnya
penguatkuasaan pemakaiannya. Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
bertanggungjawab dalam menerajui pembangunan dan pengemaskinian
spesifikasi geoteknik iaitu bagi Seksyen Earthworks, Foundation Works, Site
Investigation dan Ground Improvement. Manakala Cawangan Kejuruteraan
Cerun bertanggungjawab terhadap Seksyen Slope Stabilisation.
Pelbagai cabaran dan masalah yang mungkin timbul semasa
penggunaan spesifikasi ini disebabkan oleh faktor seperti kekurangan
komunikasi yang berkesan, perubahan kepada peraturan atau kod
tempatan, pengawasan yang kurang, material inavailability, dokumentasi
yang kurang lengkap dan jelas, pertikaian undang-undang, integrasi
dengan teknologi terkini, tahap kemahiran serta pengalaman individu.
Bagi mengatasi masalah ini, adalah penting perancangan yang teliti
dibuat, komunikasi berkesan diantara semua pihak yang terlibat serta
dapat disesuaikan dengan keadaan semasa atau perubahan yang
berlaku semasa pelaksanaan projek. Hala tuju pembangunan dan
pengemaskinian spesifikasi piawaian geoteknik adalah perlu selaras
dengan Pelan Strategik Pembinaan menerusi Revolusi IR 4.0 untuk
mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia menerusi
integrasi teknologi. Dengan adanya spesifikasi piawai JKR terkini,
diharapkan ianya dapat dijadikan rujukan utama agensi Kerajaan
mahupun swasta dalam pelaksanaan projek.
08 KERTAS UCAPTAMA 2