Page 9 - eBuletin Hari Polis 2020
P. 9
Sang Saka Biru di Puncak
Gunung Kinabalu
Laporan/foto: Zuraidah Ahmad/Marusin Minuddin/IPDKK (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 16 Jul (Malaysiaaktif) - Bendera Sang Saka Biru berjaya dikibar warga Polis Diraja
Malaysia (PDRM) di puncak tertinggi Asia Tenggara, Gunung Kinabalu pada pukul 5.15 pagi Sabtu
lalu.
Kumpulan pendaki seramai 37 orang itu mula bergerak dari penginapan Panalaban kira-kira pukul 3
pagi dikoordinasi Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah, berkata aktiviti mendaki gunung bukan sahaja
mencabar ketahanan fizikal dan mental, tetapi juga berupaya menjalin kerjasama erat dalam
meningkatkan imej serta kecemerlangan pasukan.
"Kepayahan menuju ke puncak adalah simbolik untuk membina momentum kecemerlangan PDRM
menerusi semangat kerjasama berpasukan ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,"
ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Turut dikibarkan bendera sekolah menengah antara yang tertua di Sabah, Maktab Sabah oleh
pendaki termuda, Haiqa Nafsiah Habibi yang merupakan pelajar tingkatan satu sekolah tersebut.
Selain pegawai dan anggota dari IPD Kota Kinabalu, kumpulan pendaki berkenaan juga terdiri
daripada para pegawai dari IPD Tuaran, IPD Wilayah Persekutuan Labuan, Pasukan Gerakan Am
Batalion 17 Lahad Datu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah serta Bukit Aman.
-SH