Page 6 - eBuletin Hari Polis 2020
P. 6

Hari Polis di saat pandemik Covid-19

























  25 Mac 2020.
  Ia merupakan tarikh keramat bagi memperingati Hari Polis ke-213. Namun sayang sekali bagi pegawai-
  pegawai berbaju biru ini kerana tiada sambutan peringatan untuk mereka, tidak seperti tahun-tahun lalu,
  berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP).


  Hari Polis ke-213 yang bertemakan ‘polis dan masyarakat berpisah tiada’ adalah sangat relevan di saat
  negara kita dan seluruh dunia sedang memerangi wabak Covid-19. Mungkin masih ada dalam kalangan
  masyarakat kita yang tidak sedar akan peranan, tanggungjawab dan pengorbanan oleh anggota polis.
  Bidang dan skop tugas polis adalah sangat luas sehingga boleh dikatakan bahawa kebanyakan undang-
  undang yang berada di antara bumi dan langit adalah ditadbir oleh pasukan ini.
  Begitulah halnya apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP yang bermula pada 18
  hingga 31 Mac 2020, dan kini dilanjutkan lagi sehingga 14 April.
  PDRM yang diberi mandat untuk menguatkuasakan perintah tersebut di bawah Akta Pencegahan dan
  Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) juga perlu melanjutkan aktiviti sekatan jalan dan rondaan
  bagi mengawasi pematuhan masyarakat terhadap arahan kerajaan.

                                             Sangat besar pengorbanan oleh mereka. Ketua Polis Negara
                                             Abdul Hamid Bador telah mengerahkan semua anggota di ibu
                                             pejabat Polis Bukit Aman, di negeri dan daerah, untuk
                                             menumpukan     penguatkuasaan    PKP   dalam   usaha  untuk
                                             memutuskan rangkaian virus Covid-19.

                                             Pada masa sama tugas harian mereka, antaranya mengawal
                                             keamanan sempadan, mencegah jenayah, kawalan lalu lintas,
                                             berjalan seperti biasa. Seramai 46,000 anggota polis terlibat
                                             untuk meronda, membuat hebahan kepada masyarakat,
                                             menjalankan pemeriksaan ke pusat yang menjadi tumpuan
                                             ramai, mengadakan sekatan jalan raya secara berterusan
                                             selama tempoh PKP dikuatkuasakan. Ini dilakukan siang dan
                                             malam, tidak kira hujan dan panas.

  Tanpa kita sedari dan mungkin juga tanpa dipeduli, petugas barisan hadapan, antaranya kakitangan
  Kementerian Kesihatan, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Imigresen, setiap hari
  mendedahkan diri mereka kepada risiko jangkitan demi keselamatan masyarakat.

  Biarpun dengan risiko itu, PDRM terus teguh berdiri dalam melaksanakan tugas dan amanah agar orang
  ramai mematuhi PKP. Pengorbanan besar mereka ini perlu dibalas dengan kerjasama masyarakat untuk
  mengehadkan pergerakan dan sebaiknya tidak meninggalkan rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan
  perintah itu.


  Kepada semua warga PDRM, Selamat Menyambut Hari Polis ke-213, semoga sentiasa di bawah lembayung
  rahmat-Nya. Segala pengorbanan dan jasa baik warga PDRM akan sentiasa terpahat di hati rakyat Malaysia.
  Selamat menjalankan tugas, wira yang tidak didendang.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11