Page 23 - 2020 BUKU AGM 44---edited-6a
P. 23

MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020



              Jawatankuasa  PIBG  Sekolah  Kebangsaan  Dato’  Abu  Bakar  Baginda  telah  berkesempatan

              mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebanyak 7 kali selepas Menyuarat Agung yang diadakan

              pada  17  Februari  2019.    Tarikh  mesyuarat  jawatankuasa  induk  bagi  sesi  2019/2020  yang
              diadakan adalah seperti berikut:



                     Bil    Mesyuarat        Tarikh         Hari                  Masa
                     1        Bil. 1       2 Mac 2019      Sabtu     8:30 pagi – 12:00 tengahhari
                     2        Bil. 2       12 Apr 2019     Jumaat    8:15 malam – 11:45malam
                     3        Bil. 3       14 Jun 2019     Jumaat    8:45 malam – 10:45malam
                     4        Bil. 4        6 Jul 2019     Sabtu     8:15 pagi – 11:45 pagi
                     5        Bil. 5       1 Nov 2019      Jumaat    8:15 malam – 11:00 malam
                     6        Bil. 6        9 Jan 2020     Khamis    8:30 malam – 11:30 malam
                     7        Bil. 7       14 Feb 2020     Jumaat    8:30 malam – 12:00 tengahmalam

              Mesyuarat  di  atas  di  atur  bagi  membincangkan  pelbagai  aktiviti  yang  dirancang  oleh  pihak

              sekolahserta  PIBG.  Ini  bertujuan  memastikan  segala  aktiviti  yang  dirancang  dapat  dijalankan

              dengan baik dan sempurna.




              LAPORAN AKTIVITI

              Sepanjang  sesi  2019/2020  PIBG  telah  menjalankan  beberapa  aktiviti  dan  program.  Aktiviti

              berkaitan  dengan  akademik  sudah  pasti  diberikan  keutamaan.    Selain  itu,  program  yang
              berkaitan  dengan  kokurikulum  dan  pembangunan  sahsiah  murid-murid  juga  diberi  perhatian

              yang sewajarnya. Pelbagai kejayaan telah dirai oleh murid-murid SKDABB dalam pelbagai bidang

              sepanjang sesi 2019/2020. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama dan harus diraikan oleh

              semua pihak yang menjadi keluarga besar SKDABB.



              1. Sukan Tahunan :

              Sukan tahunan peringkat sekolah adalah aktiviti wajib yang perlu diadakan setiap tahun di setiap

              sekolah  bagi  mengimbangi  keperluan  intelek,  jasmani,  emosi  dan  rohani  nilai  murni.  Justeru,
              pihak PIBG bersama-sama dengan pihak sekolah sentiasa  berusaha menjayakan sukan tahunan

              peringkat  sekolah.  Pada  tahun  2019,  sukan  tahunan  SKDABB  telah  diadakan  di  Stadium  Mini

              UNITEN. PIBG SKDABB banyak membantu pihak sekolah dari segala aspek terutamanya dari segi

              kewangan, pencarian tajaan dan sebagainya.







                                                           23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28