Page 24 - 2020 BUKU AGM 44---edited-6a
P. 24
2. Jalinan Kasih Ramadhan
Program Jalinan Kasih adalah aktiviti yang dilakukan setiap tahun oleh PIBG dengan kerjasama
pihak sekolah. Program ini adalah satu program yang amat murni di mana ianya dijalankan
sebelum tibanya Hari Raya Puasa. Program ini bertujuan member peluang kepada seluruh
warga SKDABB, individu serta sektor korporat membantu anak-anak yatim, anak-anak dan
keluarga yang kurang berkemampuan bagi menyambut hariraya yang bakal menjelang tiba.
Bantuan dari segi kewangan(duitraya) serta barangan keperluan dapur dapat mengurangkan
bebanan mereka, paling tidak, member sedikit senyuman di wajah mereka apabila menjelang
hari raya aidilfitri nanti.
3. Projek Pembinaan Surau Al Falah :
Surau Al-Falah adalah surau baharu SKDABB yang telah berjaya disiapkan pada tahun 2019.
Ianya satu projek besar yang mana ianya mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.
Bermula dengan pencarian dana seterusnya pembinaan dan penyeliaan bangunan dan
akhirnya berjaya dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sepang, Tuan Haji Arbain bin
Pinni. Ini adalah satu kejayaan yang amat besar dan amat bermakna buat PIBG serta pihak
sekolah yang mana ianya dapat member manafaat kepada seluruh warga SKDABB bagi
member keselesaan dalam melakukan ibadah dan lain-lain perkara.
4. Hari Anugerah Kecemerlangan :
HariAnugerah Kecemerlangan peringkat sekolah dianjurkan bagi mengiktiraf dan meraikan
kejayaan-kejayaan yang dikecapi oleh murid-murid yang menunjukkan prestasi yang cemerlang
tidak kira dari segi akademik mahupun bukan akademik. Ianya bertujuan memupuk semangat
supaya murid-murid terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan dan memberi semangat serta
motivasi kepada murid-murid lain untuk sentiasa bekerja keras bagi mencapai kejayaan yang di
idam-idamkan. Justeru pihak PIBG sentiasa menyokong serta membantu pihak sekolah dari
segi kewangan, idea serta tenaga bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
24