Page 25 - 2020 BUKU AGM 44---edited-6a
P. 25
5. Lain – Lain Aktiviti :
Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga banyak terlibat
dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah seperti program Perkhemahan Unit
Beruniform, Solat Hajat Tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR, gotong-royong
peringkat sekolah, sambutan hari guru, jamuan hari raya, Majlis Permuafakat Bersama Ibu
Bapa dan banyak lagi.
Ibarat aur dengan tebing begitulah dianalogikan hubungan antara pihak sekolah dengan PIBG.
Kerjasama yang utuh dan hubungan yang erat, kesepakatan dan toleransi menjadi intipati
gerak kerja dalam memacu kejayaan dan kegemilangan sesebuah organisasi. Pelbagai wahana
dan saluran komunikasi yang wujud dalam era ledakan teknologi maklumat pada hari ini
membolehkan segala isu, persoalan, polemik dan kemusykilan disalurkan kepada pihak
berkaitan dengan kadar segera.
25