Page 22 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 22
1.4.5 Sila pastikan nombor kelulusan dari BA serta tarikh kelulusan dicatatkan di ruangan
perihal semasa proses kunci masuk Arahan Pembayaran. Contoh nombor rujukan
kelulusan BA adalah KKR.400-3/12/12 Jld 38 (xx).
1.4.6 Semua PTJ bertanggungjawab memastikan bayaran dibuat kepada Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya menggunakan Arahan
Pembayaran yang melibatkan caruman KWSP supaya Akaun Penyelesaian
Gaji (L1311903) dapat dikosongkan pada setiap bulan.
1.4.7 PTJ juga bertanggungjawab memastikan bayaran dibuat kepada Pertubuhan
Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pegawai lantikan kontrak sekiranya
menggunakan Arahan Pembayaran yang melibatkan caruman PERKESO
supaya Akaun Penyelesaian Gaji (L1311903) dapat dikosongkan pada setiap
bulan.
21