Page 27 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 27
1.6.8 Maklumat peribadi pegawai disediakan berdasarkan dokumen sokongan yang
diperolehi dari Bahagian/ Unit Sumber Manusia yang menyediakan Penyata
Perubahan Mengenai Pendapatan Seseorang Pegawai (Kew.8-Pin.10/96) dan
Penyata Mengenai Peribadi, Perkhidmatan dan Gaji (PR. JPA 2-Pin.1/96) bagi
seseorang pegawai seperti berikut:
(i) salinan surat tawaran;
(ii) salinan kad pengenalan;
(iii) salinan buku akaun bank pegawai;
(iv) nombor akaun KWSP (jika perlu); dan
(v) dokumen sokongan lain yang berkaitan.
1.6.9 Rujukan untuk pengisian Borang Perubahan Gaji (Kew.320) adalah seperti
berikut:
MEDAN KETERANGAN PENGISIAN
1 hingga 11 Maklumat berkaitan nombor rujukan pegawai, tindakan
perubahan dan maklumat Pejabat Perakaunan
12 hingga 14 Tindakan
15 hingga 20 Penempatan Organisasi
21 hingga 26 Caruman Berkanun
27 hingga 28 Alamat
29 hingga 35 Pelbagai Maklumat Pekerja
36 hingga 39 Elaun Tetap & Elaun Berubah
Pastikan tarikh mula, tarikh akhir, kod dan amaun bayaran
adalah tepat dan betul
40 hingga 43 Bayaran Tunggakan/ Imbuhan
Pastikan tarikh mula, tarikh akhir, kod dan amaun bayaran
adalah tepat dan betul
44 hingga 47 Elaun Lebih Masa/ Bayaran Gaji Harian
Pastikan tarikh mula, tarikh akhir, kod dan amaun/ bilangan
hari adalah tepat dan betul
48 hingga 52 Potongan
Pastikan tarikh mula, tarikh akhir, kod dan amaun potongan
adalah tepat dan betul
53 hingga 56 Potongan Saraan
Pastikan tarikh mula, tarikh akhir, amaun dan kod & sub-jenis
adalah tepat dan betul
57 hingga 61 Penerima Saraan
Pastikan maklumat nama penerima, nombor kad pengenalan,
kod bank, nombor akaun bank dan cara bayaran adalah tepat
dan betul
62 hingga 65 Maklumat Peribadi
66 hingga 68 Maklumat Peribadi Tambahan
69 hingga 75 Gaji Pokok
76 hingga 77 Maklumat Bank
26