Page 76 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 76

7. KUTIPAN EMOLUMEN TERLEBIH BAYAR


              7.1    Tindakan mengutip balik emolumen terlebih bayar kepada pegawai awam yang tidak
                     layak perlu dibuat dengan SEGERA.

              7.2    Merujuk  kepada  AP327  (a),  apabila  suatu  pembayaran  lebih  atau  pembayaran
                     yang  salah  dibuat,  pembayaran  balik  hendaklah  didapatkan  balik  daripada
                     penerima  pembayaran  dengan  secepat  mungkin  tertakluk  kepada  Arahan
                     Perbendaharaan  327  (b).  Jika  pembayaran  balik  sepenuhnya  didapatkan  balik,
                     laporan  tidak  perlu  dihantar  kepada  Ketua  Setiausaha  Perbendaharaan  atau  Pihak
                     Berkuasa Kewangan Negeri melainkan jika Pegawai Pengawal berpendapat bahawa
                     suatu kes tindakan tatatertib hendaklah diambil ke atas seseorang pegawai kerana
                     kecuaian berkaitan dengan pembayaran lebih itu.

              7.3    Manakala merujuk AP327 (b), Jika penerima bayaran itu adalah seorang pegawai
                     awam, Pegawai Pengawal boleh membenarkan pegawai itu untuk memulangkan balik
                     pembayaran  lebih  itu  dengan  ansuran  bulanan  dengan  syarat  bayaran  balik
                     sepenuhnya  dilakukan  dengan  secepat  mungkin  dan  tidak  lewat  dari  tempoh
                     enam puluh (60) bulan selepas bayaran lebih itu diketahui atau sebelum pegawai itu
                     meninggalkan perkhidmatan Kerajaan mengikut mana yang lebih awal, kecuali dengan
                     kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pihak Berkuasa Kewangan Negeri,
                     mengikut mana yang berkenaan. Jika pulangan balik dengan ansuran diluluskan, suatu
                     Permohonan Pendahuluan Diri hendaklah dibuat daripada Kumpulan Wang Amanah
                     Pendahuluan Diri (Pegawai melaraskan akaun yang berkenaan. Ansuran bulanan itu
                     hendaklah  dikreditkan  kepada  Akaun  Kumpulan  Wang  Amanah  Pendahuluan  Diri
                     (Pegawai Awam).


              7.4    Bagi mendapatkan Balik Bayaran Terlebih Emolumen Dengan Bayaran Penuh,
                     Unit Kewangan PTJ boleh mengambil tindakan seperti berikut:

                  i.  Bayaran Balik Emolumen Terlebih Bayar Dengan Bayaran Penuh boleh dikutip melalui
                     saluran terimaan kaunter atau potongan gaji pada amaun penuh.
                  ii.  Jika melalui potongan gaji pada amaun penuh, Bahagian/ Unit Kewangan hendaklah
                     menyediakan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) dan mengemaskini dalam
                     Modul HCM berserta dokumen sokongan lengkap (bagi pegawai yang masih berkerja).













                                                           75
   71   72   73   74   75   76   77   78