Page 77 - KIT PANDUAN PENGURUSAN EMOLUMEN
P. 77

7.5    Manakala  bagi  mendapatkan  Balik  Pembayaran  Terlebih  Emolumen  Dengan
                      Ansuran, Unit Kewangan PTJ boleh merujuk kepada perkara di bawah:

                      i.  Selaras dengan Pindaan AP327(b) pembayaran balik emolumen terlebih bayar
                         secara ansuran bulanan boleh dibenarkan setelah mendapat kebenaran Pegawai
                         Pengawal  (melalui  permohonan  ke  Bahagian  Kewangan)  dengan  syarat
                         bayaran balik sepenuhnya dilakukan dengan secepat mungkin dan tidak lewat dari
                         enam puluh (60) bulan selepas bayaran itu diketahui atau sebelum pegawai itu
                         meninggalkan perkhidmatan Kerajaan mengikut mana yang lebih awal.
                      ii.  Permohonan  pendahuluan  diri  hendaklah  dibuat  dengan  menggunakan  Borang
                         Kew.106-Pin2/87  dan  Borang  Kew.324-Lampiran  K)  -  Borang  Bayaran
                         Pendahuluan  Diri/  Pelbagai/  Pinjaman  Diraja  serta  melengkapkan  borang
                         maklumat  peribadi  pemohon  KKR.  Sila  rujuk  borang  berkenaan  dan  dokumen
                         sokongan  lain  pada  panduan  senarai  semak  AP  327(b)  untuk  di  hantar  ke
                         Bahagian Kewangan.
                      iii. PTJ tidak dibenarkan untuk membuat permohonan pendahuluan diri yang baharu
                         selagi bayaran bagi kelulusan pendahuluan lama belum selesai.
                      iv. Pegawai  boleh  membuat  pembayaran  balik  melebihi  enam  puluh  (60)  bulan
                         selepas mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pihak
                         Berkuasa Kewangan Negeri, mengikut mana yang berkenaan.
                      v. Setelah kelulusan diperolehi, permohonan pendahuluan diri hendaklah dilakukan
                         daripada Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) atas nama
                         pegawai  berkenaan  bagi  melaraskan  akaun  gaji.  Ansuran  bulanan  hendaklah
                         dikreditkan kepada Akaun Kumpulan Wang Pendahuluan Diri pegawai berkenaan
                         selaras dengan SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran berkuat kuasa.
                      iv.Proses  bayaran  balik  pendahuluan  diri  melalui  Modul  HCM  dilaksanakan
                         diperingkat  Bahagian  Akaun,  Kementerian.  Bahagian/  Unit  Kewangan
                         hendaklah menyemak dan memastikan potongan gaji pegawai awam berjaya
                         dilaksanakan.























                                                           76
   72   73   74   75   76   77   78