Page 119 - Koleksi Penuh.Updated
P. 119
Artikel Sastera dalam bentuk sebuah sajak ini dicipta pada Mei 2020 sewaktu negara
sedang mengalami satu pergolakan politik yang bertentangan dengan mandat rakyat.
TAK TERBAYANG
oleh
Mohd Nasir Kamarudin
Tak terbayang,
Malaysiaku jadi begini,
Perdana menteri undur diri,
Tumbangkan kerajaan sendiri,
Sembunyi niat berkuasa sendiri,
Mahu memerintah tanpa parti.
Tak terbayang,
Pilihanraya jadi tak berguna,
Demokrasi tiada harga,
Politikus berdagang diri,
Melompat sesuka hati,
Tiada maruah tiada integriti,
Hari ini berjanji esok dimungkiri.
Tak terbayang,
Parti menang jadi pembangkang,
Parti kalah jadi kerajaan,
Dulu menang kini tumbang,
Rakyat hanya pandang-memandang,
113