Page 114 - Koleksi Penuh.Updated
P. 114

Kami  akan  berjumpa  dan  berkenalan  dengan  ahli-ahli  ABIM  lain  pada

               asyirah,  usrah  gabungan  daerah  dan  tamrin.  Pada  masa  itu  al  marhum

               Zakuan  Ayob  merupakan  YDP  Kinta  bertugas  di  Jabatan  Agama  Islam

               Perak.  Begitu  juga  al  marhum  Ustaz  Ahmad  Taib  dan  al  marhum  Ustaz

               Zulkifly Ibrahim, kedua-dua  prolifik dalam penulisan dalam majalah JAIPk

               dan deraf khutbah-khutbah, serta rajin mengadakan kelas pengajian. Kami

               berkenalan  dengan  Ustaz  Suhaimi  JOA  yang  menceritakan  pengalaman

               uniknya  berdakwah  dan  menguruskan  hal  ehwal  orang  Asli.  Dia  boleh

               berbahasa  orang  Asli.  Dia  mengaturkan  suatu  program  berbuka  puasa

               bersama di sebuah perkampungan orang Asli. Kita mengenali juga Ahmad

               Sulaiman, kini pimpinan WADAH Pusat.





               Bagi memenuhi permintaan ahli-ahli yang inginkan mempelajari ilmu-ilmu

               Islam terutama ilmu fiqh lebih mendalam kerana usrah tidak cukup masa

               bagi  tujuan  ini,  ABIM  Kinta  mengadakan  kelas  tafaqquh  fiddin,  bagi

               menampung  keperluan  ini.  Al  marhum  Ustaz  Musa  Zainuddin  mengupas

               kitab Matla Al Badrain, kitab fiqh terkenal alam Melayu. Al marhum Ustaz

               Ahmad Rivai Batubara mengupas Fiqh Al Sunnah karangan Sayyid Sabiq,

               kitab  fiqh  yang  menunjukkan  keluasan  Sunnah  dan  mengikuti  kaedah

               maqasid an nash. Ustaz Ahmad Rivai juga mengajar kitab Usul al Fiqh, yang


               agak berat bagi yang tidak mempunyai asas pendidikan bahasa Arab dan
               pengajian Islam. Tempat pengajian di Institut Sofar yang muncul sebagai


               markaz bagi ABIM.






                                                             108
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119