Page 112 - Koleksi Penuh.Updated
P. 112
mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah
Tuhannya).” Ustaz minta seorang agar menyediakan pada usrah minggu
berikutnya bacaan tentang ibrah, khususnya dari kisah-kisah para Anbiya’
a.s. Semua ini menyumbang, memberikan pengisian usrah yang penuh
bermakna dan berkesan.
Keunikan usrah selain daripada belajar dan pengisian ilmu bersama dan
persahabatan yang terjalin merentasi umur dan latarbelakang adalah projek-
projek yang dihasilkan serta aktiviti di luar. Kami mengadakan rehlah
seharian di tepi Sungai Ulu Cepor yang masih segar dan bersih. Makanan
dimasak bersama di tepian sungai. Kami berkelana untuk menziarahi
sahabat-sahabat ABIM di Lembah Klang. Muktamar dan tamrin dihadiri
bersama.
Di antara projek usrah adalah bercucuk tanam menanam jagung di laman
rumah kuarters Nadzri. Unit usrah Lorong Harimau atas usaha Ustaz Zaki
dengan bantuan kepakaran tukang masak, al marhum Hj Bakri dan al
marhum Pak Ismail pernah memberanikan diri menjadi unit katerer, menyaji
makanan bagi muktamar ABIM Negeri Perak. Ini projek ekonomi yang
memberikan pendapatan kepada tabung usrah unit. Pada awal pagi lagi
kami ke pasar borong Ipoh untuk membeli bahan masakan secara pukal dan
kemudian aktiviti memasak di rumah Nadzri. Kelengkapan dapur lengkap
dibawa oleh Hj Bakri dan Pak Ismail.
106