Page 109 - Koleksi Penuh.Updated
P. 109

Artikel ini merupakan Artikel Peribadi Haji Hamdan Mohd Hassan yang menukilkan pengalaman
               Usrah di Lorong Harimau sewaktu di dalam madarasah ABIM.




                                            USRAH LORONG HARIMAU


                                                            oleh


                                                 Hamdan Bin Mohd Hassan




               Kami berkumpul bermula dini senja dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti

               dengan  alunan  bacaan  dhikir  al  mathurat  serta  makan  malam  bersama.

               Pengisian sesudah itu dengan bacaan dan tafsir al Quran, menelaah hadith

               Rasulullah ﷺ, ulasan buku dan perbincangan isu semasa serta projek usrah.


               Apabila dikenangkan kembali, sukar digarap bagaimana pada ketika itu, kita
               mampu melaksanakan semuanya pada suatu tempoh malam yang hening,


               badan baru saja kembali dari penat lelah bekerja seharian. Seminggu sekali
               tekun bermalaman berusrah. Apakah rahsianya kekuatan pada masa itu?


               Mungkin sekali kepemudaan.





               Unit  usrah  ini  mengambil  namanya  sempena  rumah  kuarters  kerajaan

               kediaman  Nadzri  Ismail  yang  terletak  di  tepi  Lorong  Harimau  atau  nama

               lamanya Tiger Lane. Kini ia Jalan Sultan Azlan Shah. Banyak pengalaman

               manis, menginsafkan dan mencerahkan dalam kehadiran usrah di malam-

               malam yang berlalu. Ada juga peristiwa tragis dan hitam berkaitan dengan

               rumah  ini.  Kebanyakan  usrah  diadakan  di  rumah  Nadzri,  seorang  yang

               begitu pemurah, banyak berkorban, sangat komited kepada gerakan ABIM





                                                             103
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114