Page 106 - Koleksi Penuh.Updated
P. 106

ditulis oleh sarjana alam melayu yang penting untuk digali secara mendalam.

               Ini bagi mengelak daripada merujuk secara teks semata-mata karya Agung

               kitab turath siyasi yang ditulis oleh ulama terkemuka seperti AL-Ghazali, al-

               Mawardi dan ramai lagi. Ia amat penting tetapi hujah dan pandangan mereka

               barangkali sesuai pada zaman mereka.



                   2) Mempopularkan  Fiqh  Taayush  Silmi  (Fiqh  Co-existence)  Hidup

                       Bersama



               Suatu  yang  amat  penting  dalam  kedudukan  Malaysia  sebagai  sebuah

               negara  yang  berlatarbelakangkan  pelbagai  bangsa,  budaya  dan  agama,

               Malaysia  menonjolkan  Model  negara  Islam  yang  holistik  dan  progresif.

               Menjunjung nilai agama yang kuat sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam

               namun  memberi  peluang  dan  ruang  kehidupan  yang  selayaknya  kepada

               masyarakat berbilang kaum dalam negara. Fenomena kepimpinan lalu yang

               sering mengungkap kafir Harbi dan kafir Dhimmy sudah tidak relevan dalam

               konteks  masyarakat  pada  hari  ini.    Apakah  masyarakat  dan  kepimpinan

               Islam  tiada  pilihan  selain  menyediakan  ruang  pengiktirafan  status  al-

               Muwathonah  secara  sah  kepada  bangsa  bukan  islam  sekaligus  menolak

               istilah kafir dhimmy atau harbi? Justeru model kehidupan secara aman (Fiqh

               Taayush  Silmi)  berpaksikan  kepada  contoh  cara  kepimpinan  Rasulullah

               SAW di Madinah dengan menggunakan Piagam Madinah wajar difikirkan.


               Usaha mengenengah idea Islam Rahmatan Lil Alamin adalah sebagai satu
               cetusan awal meletakkan imej Islam pada keadaan yang sangat mulia tanpa


               berkompromi dengan sebarang usaha merosakkan Islam.






                                                             100
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111