Page 102 - Koleksi Penuh.Updated
P. 102

Cabaran Cara Berdakwah – fastabiqul khairat



               Sesuatu yang amat penting untuk dibahaskan bahawa pendekatan dakwah

               yang hendak dibawa haruslah berpaksikan kepada pendekatan kerasulan

               dan contoh ikutan para nabi. Dakwah  bukan satu usaha sampingan atau

               pendekatan sambil lewa ia adalah kegiatan yang dimuliakan oleh Allah SWT

               dan amat perlu dipastikan kebaikan bermula daripada tujuan berdakwah,

               pendekatan atau wasilah dakwah, mad’u yang sebaiknya untuk didekati dan

               cabaran  mendepani  dakwah  pelbagai.  Suatu  suasana  yang  perlu  diberi

               perhatian dalam konteks dalaman gerakan Islam pada hari ini bagaimana

               menyusun  dan  saling  bekerjasama  dalam  melakukan  amal  makruf  nahi

               mungkar secara terancang. Dewasa kini cabaran yang dihadapi jauh lebih

               besar  jika  dibandingkan  dengan  cabaran  lalu.  Kaedah  fastabiqul  khairat

               yang  merupakan  gesaan  Allah  juga  mesti  diperkasa  dengan  terancang

               supaya agenda dakwah tidak menghasilkan kerugian.



                       Dalam  konteks  Malaysia  sebagai  contoh,  kita  hidup  dalam  sebuah

               negara pelbagai agama dan bangsa, budaya maka perlu memahami konteks

               fastabiqul  khairat dalam membina  negara  bangsa  pada  hari ini. Memang

               terdapat berbagai cabaran, terutama persepsi dan pandangan bagaimana

               mendepani  cabaran  ini  namun  sebagai  umat  islam  kita  harus  sentiasa

               berpandangan  murni  dan  tidak  mudah  mencela  dan  melakukan  pelbagai


               pendekatan yang merugikan umat islam secara keseluruhannya. Menurut
               Rasyid  Redha  jadikan  perbedaan  agama  sebagai  sarana  untuk  bersaing


               melakukan  kebaikan,  bukan  sebagai  sebab  untuk  permusuhan  karena
               pemikiran sempit yang amat merugikan.  Cabaran dakwah dalam konteks





                                                             96
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107