Page 97 - Koleksi Penuh.Updated
P. 97

akan  dapat  dicapai  sekiranya  hukum  itu  bersifat  sensitif  dan  responsif

               terhadap  perubahan  perubahan  sosial  yang  melingkari.  Menurut  Umer

               Chapra,  proses  membangunkan  masyarakat  melalui  moral  dan  norma

               umum dirangsang dengan kesedaran beragama adalah bertujuan mencapai

               tahap kehidupan yang sejahtera dengan meletakkan keadilan sosial sebagai

               teras    Keadilan  sangat  diperlukan  dalam  pembangunan.  Justeru  ianya

               dilegasikan dengan memberikan penekanan khusus dalam maqasid syariah

               untuk menegakkan kemaslahatan umum dari aspek keperluan (daruri) yang

               wajar  dipelihara,  kehendak  (hajiyat)  yang  dituruti  secara  lazimnya,  dan

               kemewahan  (tahsiniyat)  yang  melengkapi  kehidupan.  .  Al-Qaradawi

               berpandangan, pemahaman hukum Islam yang berkisar tentang persoalan

               semasa dikembangkan mengikut klasifikasi istilah sebagai tajdid al-fiqh yang

               meliputi  fiqh  al-muwazanah  (keseimbangan  fiqh),  fiqh  al-aulawiyat

               (keutamaan  fiqh),  fiqh  al-maqasid  (objektif  Shariah),  fiqh  at-taghyir  (fiqh

               perubahan),  dan  fiqh  al-waqi’  (fiqh  realiti).  Pengembangan  ilmu  ini  jelas

               menggambarkan  peradaban  ilmu  fiqh  yang  menelusuri  sejarah

               pembentukan dan kematangan ilmu-ilmu Islam .



               Fiqh Al-Waqi’ (Fiqh realiti) dalam Gerakan Islam



               Fiqh  al-Waqie berkaitan  rapat  dengan Fiqh  al-Maqasid,  Fiqh  al-

               Muwazanat dan Fiqh  al-Awlawiyat.  Fiqh  al-Maqasid ialah  memahami


               objektif-objektif Syarak sama ada objektif umum Syariat Islam atau objektif
               khusus sesuatu hukum. Imam al-Syatibi berkata seseorang itu tidak layak


               digelar  mujtahid  sehingga  beliau  memahami  maqasid  Syarak.  Fiqh  al-







                                                             91
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102