Page 101 - Koleksi Penuh.Updated
P. 101
“ Kata-kata dari khazanah tradisional wisdom kepujanggaan bangsa dipetik
oleh ash-Shiddieqy di atas membayangkan kesedaran melayu tentang waqi’
inilah yang menghasilkan perbezaan fatwa dan seterusnya perbezaan fiqh.
Justeru waqi’ ,merupakan komponen penting dalam pembentukan fiqh (nas-
waqi-ijtihad). Nass sebagai asas dan premis dasar perlu difahami mengikut
kaedah dan cara pendekatan yang benar termasuk al-tafsir al-maslahiy dan
seterusnya al-tatbiq al-maslahiy. Syariat memang berciri waqi’ – objektif,
realistik dan dinamik : Salihatun li a-tatbiq fi kulli zaman wa makan( sesuai
dilaksanakan pada setiap zaman dan tempat) dengan pengertian pada
setiap zaman dan tempat ada hukum nya sendiri yang sesuai dengan
maslahahnya. Bagaimanapun salahiyyat al-Islam dapat diaktualisasikan
apabila prinsip taghayur al-zaman wa al-makan (perubahan hukum kerana
perubahan masa dan tempat) dilaksanakan.
Oleh sebab itu para ulama kontemporari sentiasa konsisten dalam
membicara soal perubahan konteks (waqi’) dalam pengambilan hukum
dimana menurut al-Qarafi dalam kitabnya al-Furuq memesan para ahli fiqh
agar sentiasa memahami realiti adat dan budaya lokal yang berbeza dan
berubah. Begitu juga al-Qaradawi juga memesan kepada para ulama : “
apabila seseorang diluar daerahmu meminta fatwa jangan kau paksakan
keatasnya uruf negeri kamu tetapi tanyakan dengan uruf negerinya. Inilah
yang benar dan jelas kerana membeku kepada teks (sumber lalu) adalah
selamanya kesesatan disamping suatu kejahilan tentagn tujuan para ulama
muslimin dan generasi silam
95