Page 96 - Koleksi Penuh.Updated
P. 96
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam.
[al Anbiya’ : 107].
Umumnya, seluruh kehidupan umat Islam dalam segala aspek diatur
oleh hukum Islam (fiqh). Bahkan, dinamika hukum Islam juga mampu
memenuhi keperluan masyarakat dalam merungkaikan pelbagai polemik
realiti masyarakat. Ini termasuklah dalam kontek dakwah dimana lebih lagi
memerlukan kekuatan kefahaman fiqh untuk memastikan syariah islam itu
dapat difahami dengan sempurna.
Fiqh dan Realiti Semasa (al-Waqi’)
Hubungan fiqh dengan realiti kehidupan masyarakat saling mempengaruhi,
di mana fiqh berfungsi sebagai tool of social engineering (alat pengubah
tingkah laku masyarakat) dan tool of social control (alat pengatur tingkah
laku sosial) . Sejarah telah membuktikan perkara tersebut dengan
perkembangan perubahan hukum Islam sejak dari zaman Rasulullah saw
sehingga abad moden kini. Kelahiran hukum sangat dipengaruhi oleh
perubahan realiti yang berkembang dalam masyarakat. Oleh itu, fiqh yang
telah dibangunkan oleh fuqaha silam perlu diuji relevansinya pada setiap
zaman bagi menyelesaikan fenomena baru yang kian tumbuh dan menjalar.
Hukum Islam (fiqh) juga perlu seiring dengan perkembangan zaman,
sehingga ia menjadi hukum yang boleh difahami dan dilaksanakan oleh
masyarakat moden tanpa sebarang pertikaian. Pastinya keadaan tersebut
90