Page 98 - Koleksi Penuh.Updated
P. 98

Muwazanat  ialah  memahami  asas  bagaimana  membuat  pertimbangan

               dalam menentukan Fiqh al-Awlawiyat.



                      Manakala Fiqh al-Awlawiyat pula ialah memahami keutamaan sesuatu

               perkara  di  dalam  Syarak.Allah  menurunkan  al-Quran  sebagai  hidayah

               kepada  manusia.  Di  dalam  al-Quran  terdapat  Syariat  yang  wajib

               dilaksanakan.  Syariat  ini  diperundangkan  sebagai  satu  metod  agar

               terlaksana  objektif-objektif  Allah  mencipta  dan  menurunkan  manusia  ke

               muka bumi ini. Namun bagi merealisasikan objektif Syarak Allah mewajibkan

               manusia berusaha dengan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk

               melaksanakannya  dengan  mengambilkira  realiti  kekuatan,  kelemahan,

               cabaran dan peluang yang sedia ada. Oleh kerana objektif Syarak terlalu

               banyak  manusia  perlu  memahami  apakah  yang  perlu  diutamakan  dan

               apakah yang perlu dita’khirkan.



               Dakwah Islamiah dan Cabaran Semasa



               Dalam  mendepani  cabaran  semasa  pada  hari  ini  kita  tidak  boleh  alpa

               daripada merenung sejarah perjuangan Islam sejak dari zaman awal Islam

               yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Perjuangan menegakkan Islam

               tidak  lah  suatu  perjalanan  yang  mudah  dan  ianya  tidak  seindah  suatu

               perjalanan yang memudahkan manusia untuk mendapatkan syurga Allah.


               Perjalanan dakwah Islam sentiasa meniti liku-liku dan tribulasi yang tidak
               pernah  malap  daripada  serangan  demi  serangan.  Mari  kita  renung


               peringatan Allah SWT melalui firmannya :






                                                             92
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103