Page 103 - Koleksi Penuh.Updated
P. 103
negara Malaysia juga harus diteliti dari perspektif sejarahnya. Masyarakat
pelbagai agama dan budaya tidak harus dilabel sebagai musuh utama
namun mereka adalah mereka yang mesti didakwahkan. Dan proses hidup
dalam kepelbagaian ini menuntut kita memahami model kehidupan pelbagai
dalam konteks Fiqh Taayush Silmi (fiqh hidup bersama secara aman).
Menurut Abd Halim (2017) dalam Sidang Meja Bulat Membangun Fiqh
Taayush anjuran Institut Darul Ehsan pada 27 Disember 2017 menyebutkan
:
“ Adalah realiti dan ketentuan ilahi bahawa orang-orang Islam akan hidup
berdampingan dengan mereka yang bukan-Islam. Dalam apa keadaan
sekalipun tidak mungkin orang-orang Islam boleh hidup terpisah atau
mengelak diri dari berinteraksi dengan mereka yang bukan-Islam.
Pendekatan keras dan sikap permusuhan serta emosi kebencian akan
menjadikan hubungan orang-orang Islam dengan bukan-Islam sentiasa
tegang dan boleh bertukar menjadi lebih buruk bahkan mungkin
mencetuskan pergaduhan kaum yang memakan korban. Sebahagian dari
sikap negatif orang-orang bukan-Islam terjadi sebagai reaksi terhadap sikap
dan tindak tanduk orang-orang Islam sendiri yang provokatif dan
emosional. Dalam banyak keadaan, sikap, pandangan dan tindak tanduk
mereka sebenarnya jauh menyimpang dari pendirian Islam yang
benar. Allah s.w.t. mengingatkan agar jangan sampai kebencian terhadap
sesuatu kaum mendorong berlakunya kezaliman ke atas mereka.”
97