Page 105 - Koleksi Penuh.Updated
P. 105
komprehensif, Wasatiy, progresif dan menarik lebih ramai masyarakat diluar
sana untuk mengenali Islam harus diperkasakan. Kejayaan demi kejayaan
yang dirangkul dalam tempoh terdekat tidak boleh dilepaskan dalam usaha
mengetengahkan panduan Islam yang bersifat murni, holistik dan bertepatan
denga prinsip Rahmatan Lil Alamin.
Mari kita lihat apakah prospek yang boleh kita lakukan dalam mengangkat
martabat Ummah dalam membangun ummah di negara ini bagi mencapai
misi Khaira Ummah sebenarnya :
1) Menyebar luas kefahaman Fiqh al-Malaziy (Fiqh Kemalaysiaan)
Apabila berbicara tentang fiqh Malaziy kita tidak dapat pisahkan antara
mereka yang telah lama mengungkapkan istilah ini adalah almarhum Dato
Dr Siddiq Fadzil. Istilah fiqh al-Malaziy ini suatu harapan dan model yang
cuba diilhamkan oleh beliau bagi mengatasi pelbagai sikap sesetengah
pendakwah yang begitu terpegun dengan pendekatan dakwah dan siasah
yang diambil dari luar konteks masyarakat dan budaya alam melayu.
Perbezaan konteks dan geografi setempat memainkan peranan dalam
menentukan segala keputusan yang dibuat supaya hasil yang akan dicipta
tidak berbeza daripada apa yang hendak diterima dan dilaksanakan. Jika
ditelusuri sejarah alam melayu terdapat juga karya-karya yang
membicarakan proses pembinaan negara dari segi perundangan, siasah
dan ketatanegaraan yang membicarakan konteks siasah alam melayu.
Antaranya karya Safinat al-Hukkam (al-Tursani), Thamarat al-Mahammah (
Raja ali Haji) dan banyak lagi .Ini semua karya Islam yang mashyur yang
99

