Page 104 - Koleksi Penuh.Updated
P. 104

Cabaran Serangan Media & Teknologi Luar Batasan



               Perkembangan  zaman  dan  teknologi  memang  tidak  dapat  dihalang  lagi.

               Perkembangan ilmu dan budaya amat menuntut kita untuk sentiasa bersedia

               dengan pelbagai cara agar tidak mudah tenggelam dengan maklumat tanpa

               kebenaran yang boleh merosakkan minda dan pemikiran ummat. Dengan

               keterbukaan  dan  langit  luas  sumber  maklumat  yang  sentiasa  terbuka  ini

               boleh mengundang kesan kepada positif dan negatif. Para pendakwah hari

               ini harus bertanggungjawab dan sentiasa melakukan kerja denga betul dan

               tidak  membiarkan  terjerumus  dengan  maklumat  palsu.  Menurut  Dr

               Muhammad  Razak  (2010)  “Umat  Islam  dan  pergerakan  dakwah  perlu

               meningkatkan  penguasaan  di  dalam  bidang  teknologi  dakwah.  Ini  bagi

               membolehkan citra dakwah terjelma secara meluas di dalam pelbagai wajah

               baru yang dinamik. Penguasaan teknologi dakwah meliputi keperluan untuk

               usaha penyebaran Islam terhebah menerusi saluran komunikasi baru seperti

               informasi maya, seni elektronik dan imej bergerak.”



               FIQH DAKWAH MEMBINA KHAIRA UMMAH



               Sebagai umat Islam dalam kerangka mata rantai perjuangan yang sebenar,

               para  pendakwah  tidak  boleh  melepaskan  peluang  ini  untuk  memainkan

               peranan  yang  sebaiknya  dalam  mendepani  umat.  Keberadaan  dan


               penampilan kita menerusi wahana pendidikan, siasah dan pelbagai pihak
               harus  ditonjolkan  agar  peranan  ini  dapat  dirasai  dengan  lebih  berkesan


               terutama  dalam  mendepani  cabaran  Islam  dan  Masa  Depan  Ummah.
               Keupayaaan untuk menyediakan formula dan pendekatan Islam yang lebih





                                                             98
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109