Page 107 - Koleksi Penuh.Updated
P. 107

3) Menggerak  usaha  Kepelbagaian  dalam  Kesatuan  Ummah  &

                       membina Bangsa Malaysia



               Memang usaha ini tidak sedikit pun mendapat tohmah dan kritikan daripada

               pelbagai pihak bila mana idea sebegini seolah-olah dianggap meleburkan

               identiti islam dalam negara. Tidak kurang juga para pemikir yang berusaha

               memurnikan gagasan ini dianggap plural dan sentiasa dituduh merosakkan

               agama. Namun tidak sukar mendepani kelompok sebegini jika kita hanya

               melihat dan mengukur setiap perkara hanya berdasarkan teks longgar dan

               tidak memahami ilmu fiqh dan ijtihad yang sebenar. Mana mungkin hidup

               bersama dalam sebuah negara dalam pelbagai bangsa dan agama itu suatu

               yang  mencairkan  agama  Islam?  Semua  mengetahui  bahawa  Islam  itu

               agama  yang  benar,  Islam  adalah  agama  universal,  Islam  itu  bukan  milik

               mana-mana pihak, Islam adalah agama menaungi seluruh pelusuk manusia,

               islam dan bukan islam. Mana tidaknya  Allah mengungkapkan firman dalam

               ayat 70 surah al-Isra’ :





               Dan  sesungguhnya  telah  Kami  muliakan  anak-anak  Adam,  Kami  angkut

               mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-

               baik  dan  Kami  lebihkan  mereka  dengan  kelebihan  yang  sempurna  atas

               kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.



                      Memuliakan manusia atas sifat kemanusiaan tanpa mengira agama


               dalah satu tuntutan agama Setiap jiwa manusia memiliki martabat kemuliaan
               yang harus dihormati. Justeru apa mungkin kita menolak kehendak Allah





                                                             101
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112