Page 110 - Koleksi Penuh.Updated
P. 110

dan pengembangannya. Dia merupakan setiausaha unit usrah yang cukup

               berdedikasi.





               Nadzri sewaktu mula bertugas di Jabatan Bekalan Air Negeri Perak telah

               berjaya  menubuhkan  4  unit  usrah  di  ibu  pejabat  JBA  sahaja  serta

               mengembangkannya ke serata daerah-daerah lain di Perak. Mesejnya agar

               kakitangan  JBA  memilih  Islam  sebagai  cara  hidup  yang  syumul  dan

               mengamalkan  ajarannya  secara  berjemaah  supaya  dakwah  berkembang

               luas dalam wilayah pengaruh masing-masing dan masyarakat. Dia seorang

               yang sangat berpengaruh, dihormati ramai, memang memiliki karisma dan

               wibawa,  peramah,  senang  membawa  diri  dan  sangat  meyakinkan  rakan

               sejawat dan orang sekelilingnya. Isterinya Kak Esah juga komited dan lazim

               kami dijamu hidangan usrah yang enak-enak. Nadzri akan sibuk ke sana ke

               mari  dengan  kereta  Mini  lama.  Dia  memilih  kereta  lama  bagi  mengelak

               pembiayaan pinjaman kenderaan berasaskan riba.





               Naqib usrah Ustaz Hj Zaki Idris, merupakan Yang di Pertua ABIM Negeri

               Perak ketika itu. Dia berilmu, tegas dan seorang pemimpin giat bertindak –

               action  oriented  dengan  pelbagai  visi  dan  idea  bagi  melaksana  Islam  di

               medan  lapangan  masyarakat.  Dia  sungguh  meminati  bidang  ekonomi

               perniagaan  untuk  manfaat  gerakan  Islam.  Atas  insiatifnya,  ABIM  Daerah

               Kinta membuka  sebuah  kedai  runcit di  Kompleks  Super  Kinta di  tengah-


               tengah pekan Ipoh. Kami ahli ABIM bergilir-gilir bertugas di kedai kecil ini
               yang  terceruk  berdepan  penuh  cabaran  dan  dugaan  di  dalam  kompleks


               pasar yang besar. Ustaz Zaki dilantik YDP ABIM negeri pada ambang Anwar



                                                             104
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115