Page 113 - Koleksi Penuh.Updated
P. 113

Hj  Bakri  seorang  senior  yang  berpengalaman  luas,  berfikiran  kritis  dan

               banyak nasihat disampaikannya. Pak Ismail bekas anggota tentera, cekap

               menyusun kerja, pandai menyusun kata dan memberikan semangat kepada

               usrah. Al marhum Pak Ibrahim juga seorang senior yang berwibawa dan

               komited bersama anaknya Zainuzzaman, ahli unit paling muda. Rohimi yang

               tenang, mudah beramah mesra dan ceria. Al marhum Asari, seorang qari

               yang memiliki bacaan al Qur’an yang baik, setia dan komited kepada usrah.

               Meor yang apabila timbul komitmen persahabatan akan ulangi, “ahli ihwan

               (sebutan  lidahnya)  akan  layan sahabat walaupun  datang  ke  rumah  pada

               tengah-tengah malam.”  Wan dan Syed masa itu walaupun masih bujang

               tetapi menawarkan rumah mereka masing-masing untuk diadakan usrah.





               Suatu lagi projek yang agak lucu juga adalah program menjual telor masin.

               Jualan telor masin ini dilakukan oleh ahli usrah bagi menyumbang kepada

               tabung pembinaan Pusat Latihan ABIM PLA di Sungai Ramal. Ini secebis

               mithal kisah betapa bersungguh-sungguh ahli-ahli ABIM ingin menjayakan

               pembinaan  sebuah  markaz  sendiri  bagi  pengembangan  dakwah  dan

               tarbiyah ABIM. Sekali lagi Ustaz Zaki tampil memperolehi sumber bekalan

               telor masin yang halal dan harganya menjaminkan keuntungan. Di antara

               tempat lokasi jualan adalah di pasar malam. Maka dengan berbekal lampu

               karbaid, kami bentang tikar dan susun paket-paket telor masin untuk dijual.

               Tapak jualan kami terpa saja bukan plot yang dikhususkan pun. Kebetulan


               pada malam itu ada sekumpulan kakitangan JBA datang ke pasar malam
               dan lalu di situ. Kami pun bertindak dengan cuba menyorokkan diri kerana


               malu jika rakan-rakan jabatan terserempak dengan kami berjual telor masin
               di pasar malam.



                                                             107
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118